A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Isu PPR : Kerajaan Pusat Layak Tuntut RM89j Dari Kerajaan Selangor

Isu PPR : Kerajaan Pusat Layak Tuntut RM89j Dari Kerajaan Selangor

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 dibina dengan peruntukan lebih RM100 juta di atas kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri diberi tanggungjawab menguruskannya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun kerajaan Persekutuan menanggung semua kos pembinaan tetapi sewa bulanan dikutip oleh kerajaan negeri.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan Persekutuan berhak membuat tuntutan balas sebanyak RM89 juta daripada kerajaan negeri yang gagal menguruskan perumahan tersebut dengan baik.

“Rumah dan tanah milik kerajaan pusat, kerajaan negeri hanya menguruskan. Mereka kutip sewa bulanan tetapi bila rosak kerajaan pusat yang keluar duit untuk membaikinya.

“Lebih baik kerajaan pusat ambil semula PPR Lembah Subang 1 untuk diuruskan sepenuhnya. Malangnya kerajaan negeri tuntut RM60 juga walaupun sebelum ini gagal mengurus dengan baik,” katanya.

Noh berkata demikian mengulas kenyataan Exco Selangor, Datuk Iskandar A Samad yang menuntut kerajaan Persekutuan membayar RM60 juta bagi menanggung kesemua kos penyelenggaraan dan baik pulih sejak 2001.

Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor kesal dengan sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak langsung menjaga kebajikan penduduk di PPR Lembah Subang 1.

Noh berkata, semenjak kerajaan PKR mentadbir Selangor pada 2008 pelbagai masalah yang membelenggu penduduk akibat kelemahan Kerajaan Selangor menguruskan perumahan itu.

Katanya, sebelum ini penduduk sebelum ini bukan sahaja berdepan dengan masalah sampah, tetapi juga lif rosak, tangki kumbahan dan paip bocor sehingga menjejaskan kesihatan penduduk.

“Untuk membaiki lif sahaja kerajaan pusat telah memperuntukkan RM16 juta. Kita juga bercadang untuk meningkatkan prasarana seperti tempat letak kereta bertingkat, CCTV dan landskap.

“Selama ini kerajaan negeri tak pernah ambil tahu jadi Iskandar jangan nak jadi hero kononnya prihatin dengan penduduk di PPR berkenaan.

“Iskandar patut berasa malu kerana gagal menyelami permasalahan penduduk kerana sejak PKR ambil alih Selangor pada 2008, baru sekali turun padang,” katanya.

Ketika mula-mula melawat perumahan berkenaan, katanya, keadaannya cukup daif tetapi apabila sudah enam kali turun padang, pelbagai transformasi dilakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk.

“Apakah salah kita hendak ambil rumah yang kita buat daripada pihak yang gagal mengurus? Duit sewa mereka kutip tetapi apabila rosak, serah kepada kerajaan persekutuan untuk baiki,” katanya.

Mengulas dakwaan Iskandar bahawa kerajaan persekutuan akan menghalau penduduk yang enggan mendaftar, Noh berkata, ia adalah proses pemutihan untuk memastikan hanya penghuni yang layak menduduki PPR itu.

“Bila nak ambil balik dalam keadaan tak terurus, banyak unit yang kosong dan ada yang rosak. Malah ada unit disewakan kepada orang lain dan warga asing dan sebagainya yang perlu dibuat pemutihan,” katanya.

Oleh itu Noh memberi amaran kepada Iskandar dan kerajaan negeri agar tidak menghalang usaha kerajaan pusat untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di PPR Lembah Subang 1.

“Kerajaan persekutuan tidak pernah berkira dengan kos yang dikeluarkan tetapi sikap kerajaan negeri menjengkelkan kerana lebih pentingkan politik daripada kebajikan rakyat,” katanya.

– sinaronline

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *