Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / ISU-ISU AKHBAR CINA – DAP MASIH GAGAL TAWAN JIWA MELAYU

ISU-ISU AKHBAR CINA – DAP MASIH GAGAL TAWAN JIWA MELAYU

Oriental Daily News bertarikh 18

DAP MASIH GAGAL TAWAN JIWA MELAYU

AKHBAR Oriental Daily News bertarikh 18 September 2016 memaparkan tulisan Chew Kwang Yew dalam ruangan Dalam Negeri mengenai kegagalan DAP ­menawan jiwa orang Melayu.

DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sosial sebagai teras kepada nilai-nilai seperti kebebasan, sama rata, liberalisasi, menjaga hak wanita dan lain-lain.

Namun, masih wujud banyak perbezaan ketara, bukan kerana DAP terlalu agresif mahupun terlalu mengamalkan politik progresif yang pada dasarnya menentang orang Melayu sebaliknya keseluruhan masyarakat Melayu begitu konservatif (tertutup) sementara UMNO dan Pas sering memburuk-burukkan DAP.

Cubaan DAP menaikkan nama mereka memang sudah dijangka menakutkan orang Melayu kerana selama ini minda masyarakat Melayu telah dicuci oleh UMNO se­hingga mereka menganggap sayap kiri itu pastinya komunis. Ini bermakna komunis tidak ada agama, parti Cina berhaluan kiri mengikut telunjuk komunis tanah besar China, menentang raja-raja Melayu, menentang hak istimewa orang Melayu dan sebuah parti fanatik.

DAP amat gerun apabila dilabelkan seperti itu se­hinggakan mesyuarat majlis parti sosialis rantau Asia di Kuala Lumpur pada 1999 diadakan secara senyap tanpa pengetahuan pihak media tetapi berjaya dihebahkan ­akhbar Utusan Malaysia ketika itu.

Selama ini mereka tidak mengharapkan sokongan daripada golongan atasan tetapi DAP kini berdepan dengan emosi yang kuat dalam tuntutan sama rata antara kaum.

Emosi ini dalam masyarakat Cina telah merentasi sempadan golongan atasan bermula dari kampung-kampung baharu Cina sehingga ke kota metropolitan tanpa ­mengira apa dialek pertuturan mereka, tidak kira dari pelosok mana, semuanya membawa semangat mahu menentang UMNO yang dikatakan diktator dan cuba mengasimilasikan kaum lain.

Orang Melayu amat takut kepada DAP kerana budaya, agama, kaum dan sejarah telah diselewengkan oleh UMNO. Sebenarnya DAP tidak condong ke kiri dan juga amat jarang timbul isu sosialis, langsung tidak agresif.

Perjuangan DAP sebenarnya sangat liberal, mereka ­kemukakan hak asasi manusia, sama rata, kebebasan ­media, sistem masyarakat bebas, pendidikan bebas, ­pilihan raya secara adil dan lain-lain.

DAP sebenarnya langsung tidak mampu mencapai apa yang disebut ‘liberalisme sosial’ tetapi orang Melayu masih tetap takut kepada DAP.

DAFTAR BERSIH SEBAGAI PARTI POLITIK

AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2016 pula memaparkan tulisan Tay Ting Hien dalam ruangan Pendapat Yan Lu mengenai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan pada 19 November ini.

Perhimpunan Bersih 5.0 sudah diketahui mengemukakan lima agenda termasuk menuntut Perdana Menteri, ­Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Kini Bersih telah berbaur politik yang menebal, boleh dijadikan permulaan untuk mereka menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Lebih-lebih lagi mereka telah berkali-kali mengadakan perhimpunan tetapi Najib bukan sahaja tidak meletakkan jawatan malah kedudukan beliau semakin kukuh. Se­makin mahu disingkir semakin kuat dan tidak tumbang. Maka, sia-sia sahaja Bersih anjurkan perhimpunan.

Akhirnya, semangat penyokong Bersih semakin hari semakin luntur terutama sekali orang Melayu yang sudah tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, menjadikannya satu perhimpunan orang Cina seperti perayaan politik yang sumbang dan syok sendiri.

Ada bertanya, salahkah mahu tumbangkan Najib? Sudah tentu boleh tetapi bukankah itu tugas parti politik?

Jika mahu memerintah sepatutnya kita menumpukan kepada pilihan raya untuk jatuhkan parti yang meme­rintah. Pembangkang tidak pernah menang pilihan raya umum (PRU) dan mereka tidak sabar tunggu PRU yang akan ­datang. Ditambah emosi panas baran dan tidak mahu berusaha, mereka kini berpecah-belah dan harapan pembangkang untuk PRU akan datang juga tidak cerah.

Jika benar dapat menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan di jalanan, bukankah dengan mudah pembangkang mendapat untung? Tidak perlu adakan pilihan raya sudah naik jadi pe­merintah. Sama seperti kempen Arab Spring, melalui perhimpunan jalanan telah berjaya me­numbangkan kerajaan mereka.

Masalahnya, apabila rakyat berhimpun di jalanan dan tidak melalui pilihan raya atau tiket undi tumbangkan kerajaan, negara akan menjadi kucar-kacir, masyarakat akan kacau-bilau, ekonomi akan hancur sehingga harapan demokrasi akhirnya tidak dapat dikecapi.

Dari Mesir sehingga ke Tunisia, Algeria hingga ke ­Libya, semua negara ini bukan sahaja berpecah belah malah terjerumus ke kancah fanatik keagamaan dan menuju ke jalan mati.

Penulis tidak membantah perhimpunan beramai-ramai jika sah dari segi undang-undang dan demi kepentingan rakyat dan negara. Namun, sebagai rakyat yang berakal, penulis lebih rela gunakan tiket undi daripada melalui perhimpunan jalanan semata-mata untuk gulingkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Cara ini menepati perlembagaan negara dan hak penulis, malah menepati semangat demokrasi mengelak ­daripada kita dipergunakan oleh orang lain. Jika majo­riti rakyat mahu Najib meletakkan jawatan, maka buatlah keputusan tersebut pada PRU akan datang. Pilih wakil rakyat yang menentang Najib dan jika ada majoriti 112 Ahli Parlimen yang setuju, tukar Perdana Menteri baharu.

Bagi Bersih pula, jika benar-benar berminat dengan agenda politik dan mahu menjadi ahli parti pembangkang, penulis mencadangkan agar segera mendaftar sebagai sebuah parti politik dan melalui PRU akan datang capai sasaran mereka.

– utusanonline

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *