A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Isu 1MDB: PAS Cabar Pemimpin PH Jumpa Arul

Isu 1MDB: PAS Cabar Pemimpin PH Jumpa Arul

Semua maklum Pakatan Harapan cuma pandai bercakap besar tetapi ‘takut’ berdepan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda malah ada batal sesi debat dengannya.

Namun lucunya, mereka marah benar apabila mengetahui sekumpulan pemimpin tertinggi PAS Pusat diketuai timbalan presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu Arul secara rahsia di ibu negara pada Isnin lalu.

Pertemuan itu turut disertai bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga mantan tokoh korporat pelbagai syarikat terkemuka dan mereka jelas puas hati dengan segala pencerahan dikemukakan Arul secara telus.

Kesal dengan tohmahan pemimpin blok pakatan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar mereka untuk mendapatkan penjelasan isu berkaitan 1MDB dengan berjumpa sendiri Arul bagi tujuan sama.

Ahli Parlimen PAS Kota Bharu itu malahan berkata, keputusan pemimpin parti Islam tersebut bersemuka terus dengan Arul kerana memang mahu mendapatkan penjelasan terus berhubung isu 1MDB yang sengaja dipolemikkan.

“Enam soalan berkaitan 1MDB oleh ahli parlimen PAS ditolak (Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia). Atas dasar itu (subjudis) kita minta di luar dewan dan (Arul) setuju,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau mencelah pertikaian antara Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berhubung isu-isu 1MDB yang diputuskan subjudis oleh Pandikar Amin.

Wakil DAP itu bangun bertanya kenapa Arul memberi penjelasan kepada PAS walhal Speaker memutuskan isu itu adalah subjudis. Ronald menjelaskan elemen subjudis hanya terpakai di dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Katanya lagi, keputusan Speaker bertegas menolak ratusan soalan dikemukan pembangkang berkaitan 1MDB itu adalah muktamad dan hanya boleh dikaji dengan usul berdasarkan peraturan mesyuarat yang ada.

Namun Lip Eng masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu sehingga beberapa kali ditegurnya. Takiyuddin yang celah kemudian mencabar DAP atau pembangkang lain berjumpa pihak 1MDB jika tidak puas hati soalan ditolak.

Dewan Rakyat kemudian kecoh apabila Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen bangun dan menuduh PAS sudah menjadi seumpama cawangan UMNO kerana pendirian menyokong 1MDB.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing bagaimanapun turut bangun menyelar wakil-wakil pembangkang yang sebahagiannya adalah peguam tetapi mereka sendiri tidak faham peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ada ahli parlimen ini bukan Kong Kali Kong tetapi Kong Kong, peraturan sudah tentu pakai di dalam Dewan. Ini tak tahu undang-undang, mahu publisiti sahaja, elok baca balik peraturan,” tegasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

About Alif Arif

Check Also

PAS Tetap Tiada Kerjasama Politik Dengan PKR – Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS menegaskan tidak akan ada sebarang hubungan kerjasama politik dengan PKR, apatah lagi DAP. Timbalan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *