Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016 dunia terus jatuh daripada tangga ke-55 berbanding 54 pada 2015.
Transparency International (TI) dalam laporan hari ini meletakkan Malaysia di belakang negara kecil seperti Brunei (41).
Skor atau mata negara juga jatuh daripada 49 mata pada tahun 2015 kepada 50 mata pada tahun lalu.
Negara-negara lain yang skornya turut merosot di rantau ini ialah Singapura, Brunei dan Thailand.
Di tangga pertama di dunia adalah Denmark (90 mata) diikuti kedua, New Zealand (90 mata) dan ketiga, Finland (89) mata.
Negara jiran, Singapura di kedudukan ketujuh dengan (84 mata), Indonesia di kedudukan ke-90 (37 mata) manakala Thailand pada kedudukan 101 (35 mata).
Berdasarkan CPI, skor 0 bermakna “sangat rasuah” manakala 100 dianggap sangat bersih.
Indeks itu meletakkan ranking kepada negara berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam.
Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata penurunan itu berikutan kekurangan kesungguhan pemimpin politik dalam menangani rasuah dengan hanya memberi janji kosong tetapi tidak memperjuangkannya.
Begitu juga dengan tindakan rasuah di peringkat atasan yang ditemui dalam simpanan mereka.
“Rasuah dalam perkhidmatan awam (kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan) yang berleluasa dimana mereka mengambil dan menyimpan dalam simpanan mereka,” kata Akhtar.