Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / Ikrar Budiman: Tingkat Pendidikan, Ekonomi, Pelancongan Di Sungai Besar #scs93 #prksgbesar

Ikrar Budiman: Tingkat Pendidikan, Ekonomi, Pelancongan Di Sungai Besar #scs93 #prksgbesar

10 JUN: Pendidikan, inovasi ekonomi dan ekopelancongan di Sungai Besar merupakan tiga aspek utama yang terkandung dalam Akujanji calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi, yang dilancarkan hari ini.

Ikrar itu merupakan perkara yang akan dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat menjadi Anggota Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

IMG-20160610-WA0014

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu berkata aspek pendidikan tersebut merangkumi pendekatan ‘1 Keluarga 1 Mahasiswa’ dengan beliau menyasarkan untuk membangunkan program-program pendidikan yang komprehensif untuk setiap anak Sungai Besar.

“Anak-anak Sungai Besar yang merupakan cahaya masa hadapan negara akan diasuh untuk cemerlang dalam pendidikan demi masa depan keluarga dan negara,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan ‘Ikrar Budiman’, di sini hari ini.

IMG-20160610-WA0019

Mengenai aspek inovasi ekonomi, Budiman berkata tumpuan dan usaha akan diberikan untuk menambah baik serta membuka peluang ekonomi baharu melalui percambahan inovasi dan idea baharu untuk meningkatkan pendapatan serta nilai tambah dalam setiap industri yang diceburi oleh penduduk Sungai Besar.

Beliau berkata kekuatan ekonomi Sungai Besar adalah berasaskan kepada pertanian, perladangan, perikanan, penternakan, industri asas tani serta industri kecil dan sederhana.

IMG-20160610-WA0022

Budiman juga memberi akujanji untuk memperkenalkan program yang membangunkan konsep ‘Sungai Besar; pusat pelancongan Eco-Tourism’ dengan membawa pelancong dari dalam dan luar negara menjadi produk baharu ekonomi penduduk di kawasan Parlimen itu.

“Keindahan alam semulajadi, keramahan warga Sungai Besar, keunikan budaya yang pelbagai serta limpahan produk-produk ekonomi setempat menjadikan Sungai Besar unik,” katanya.

‘Ikrar Budiman’ antara lain turut menggariskan janji ADUN Sungai Panjang itu untuk menumpukan sepenuh daya usaha dan tenaga membantu menyelesaikan permasalahan penduduk Sungai Besar, dari Sungai Panjang sehinggalah ke Sekinchan, tanpa mengira keturunan, agama, kaum dan latar belakang politik.

Selain itu, Budiman memberi akujanji untuk menjadi perantara antara penduduk Sungai Besar dan kerajaan Persekutuan dengan membawa setiap permasalahan serta rintihan penduduk kawasan itu untuk didengari dan diberi keutamaan oleh kerajaan Persekutuan.

Calon BN tersebut juga akan memastikan setiap dasar, inisiatif dan bantuan kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan serta dinikmati oleh setiap penduduk di Sungai Besar.

Budiman dalam pada itu memberi jaminan untuk menambah baik infrastruktur di Pasar Awam Sekinchan yang dilihat sangat teruk dan tidak terurus.

“Agenda saya ialah untuk tambah baik kemudahan infrastruktur di pasar itu demi keselesaan peniaga dan pengunjung. Saya juga dapat aduan daripada penyewa yang mengeluh kerana harga sewaan tapak naik mendadak daripada asal RM80 kepada RM180. Saya sangat dukacita dengan kenaikan sewa ini sedangkan tidak banyak infrastruktur dibuat oleh pihak kerajaan Selangor,” katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Budiman; calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

About RJ

Check Also

Tiada Permit, SPR Hentikan Ceramah PAN #scs93 #prksgbesar

8 Jun: Ceramah Parti Amanah Negara (PAN) Balairaya JKKK Kampung Penerangan Parit 5, Sekinchan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *