A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Hulu Langat Bakal Berdepan Satu Lagi ‘Azab’

Hulu Langat Bakal Berdepan Satu Lagi ‘Azab’

Selepas ditimpa musibah banjir teruk akibat hujan semalam, penduduk daerah ini bakal berhadapan dengan satu lagi ‘azab’ iaitu masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Ia ekoran hujan lebat di kawasan loji rawatan air (LRA) Sungai Langat lewat petang semalam mengakibatkan kekeruhan tinggi di sumber air mentah Sungai Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, masalah kekeruhan tinggi di sungai itu akan turut menjejaskan bekalan air bersih di Petaling dan Kuala Lumpur.

“Demi memastikan air terawat daripada LRA mematuhi standard kualiti air minuman, kadar pengeluaran air terawat terpaksa dikurangkan untuk merawat kekeruhan air mentah.

“Pengurangan kadar pengeluaran air terawat dijangka akan mengganggu bekalan air dan tekanan air di kawasan Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Syabas, bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terlibat. Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS to 15300 (Taip Tanker Nama dan Alamat)

Beberapa penduduk mendakwa banjir berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna dan kerakusan projek-projek komersial di daerah yang ditadbir kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.

Antara kawasan terjejas Kampung Sungai Serai Batu 12; Kampung Batu 13; Taman Nanding; Pekan Batu 14; Masjid Batu 16; Dusun Tua Batu 16; Dusun Tua Seberang Batu 17; Institut Kemahiran Belia Negara dan Dusun Tua Batu 17.

Turut terlibat, Kampung Batu 17; Balai Polis Batu 18; Kampung Jawa Batu 18; Kampung Tanjung Batu 18; Pekan Batu 18; Kampung Kuala Perdik Batu 19; Kampung Haji Hassan Batu 20 1/2; Kampung Lubok Kelubi Batu 22 dan Batu 22/Batu 23 Sungai Lui.

– MYNEWSHUB.CC

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *