A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Hospital Tanjong Karang tetap akan dibina – TS Noh Omar

Hospital Tanjong Karang tetap akan dibina – TS Noh Omar

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji untuk membina Hospital Tanjong Karang bagi memudahkan penduduk di sini dan kawasan sekitar mendapat rawatan terbaik.

TS Noh OmarPengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pada masa ini kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.

“Pembinaan Hospital Tanjong Karang tetap akan dilaksanakan seperti dijanjikan dan dimaklumkan surat tawaran pun telah diberikan oleh JKR kepada kontraktor,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk berketurunan India dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina hospital itu sebaliknya bakal membangunkan sebuah klinik pergigian di tapak hospital itu di Sungai Terap.

Katanya klinik itu pada awalnya dicadang dibangunkan di tapak asal iaitu bersebelahan perhentian bas di pekan Tanjong Karang, namun terpaksa dipindahkan ke tapak hospital itu demi keselesaan penduduk kawasan sekitar.

Hospital itu yang bakal dibina di kawasan seluas 16.1 hektar dan dijangka memanfaatkan lebih 20,000 penduduk sekitar akan menempatkan pakar dalam pelbagai bidang kesihatan sekali gus memudahkan penduduk tempatan mendapatkan rawatan terbaik.

Ia akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di bandar Tanjong Karang, yang bakal dijadikan pusat untuk rawatan pesakit luar.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata kerajaan juga terpaksa menambah peruntukan RM19 juta lagi kepada pembinaan hospital itu yang pada awalnya dianggar RM250 juta.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *