A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Dari Blog Pilihan / HORMATI RAFIZI RAMLI!!! SATU SERANGAN TERHADAP NAJIB, TIGA LAGI SERANGANNYA TERHADAP AZMIN ALI DAN LIM GUAN ENG!!!

HORMATI RAFIZI RAMLI!!! SATU SERANGAN TERHADAP NAJIB, TIGA LAGI SERANGANNYA TERHADAP AZMIN ALI DAN LIM GUAN ENG!!!

Setelah agak lama Rafizi Ramli menyepikan diri, kini dia muncul. Bagi para penyokongnya, Rafizi sentiasa membawa kebenaran. Bagi para pembenci fitnah Rafizi, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan itu, asal buka mulut sahaja, kalau tidak menfitnah, dia berbohong.

Tidak dinafikan, di sebalik pembohongan dan kekalutan yang dicetuskannya, ada beberapa perkara ‘menarik’ yang akhirnya didedahkan melibatkan beberapa kepincangan yang seharusnya diperbaiki dari awal namun dibiarkan begitu sahaja.

Di sebalik fitnah kejam Rafizi Ramli, ada kebaikan yang tidak boleh dinafikan, termasuklah pendedahan tentang individu-individu yang diberikan tanggungjawab dan amanah tetapi kemudian melakukan pengkhianatan menerusi amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

UMNO banyak menyimpan musang. Musang-musang berkenaan sangat pandai berlakon dan menyamar. Mereka inilah yang diletakkan di GLC-GLC dan mempunyai kedudukan serta jawatan hebat dalam entiti-entiti kerajaan. Dan mereka inilah juga yang akan mengangkut segala macam masalah ke dalam entiti-entiti yang mereka duduki dan kemudian segala kesalahan tersebut, dihalakan pula kepada Presiden UMNO.

Masalah mereka yang buat, tetapi yang perlu menjawab dan menanggung fitnah adalah Presiden UMNO.

Namun, Rafizi yang sudah terbiasa dengan politik fitnahnya, tidak sahaja menjadikan Najib Abdul Razak sebagai sasaran, tetapi juga sesiapa sahaja yang dilihat menjadi pesaing kuatnya. Rafizi mungkin tidak berniat atau berminat untuk menjadi Setiausaha Agung DAP atau Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi dia perlu meletakkan dirinya untuk dihormati oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP apabila dia sengaja cuba mewujudkan persepsi jahat terhadap MRT agar tindakbalas yang diterima daripada pihak kerajaan adalah, perbandingan dengan kos sistem pengangkutan ciptaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Rafizi membuat pendedahan tentang terowong MRT supaya terowong dasar laut Lim Guan Eng diingati dan kos kajian kebolehlaksanaan yang telah dibayar, diingati serta disebut. Rafizi juga mungkin tidak berminat untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi dia perlu memberikan isyarat kepada Azmin Ali yang selama ini dianggap sebagai ‘brainchild’ Anwar Ibrahim, dia lebih bijak, lebih kejam dan lebih berstrategi.

Dalam isu terbaharu, Rafizi Ramli menyerang FELDA kerana menurutnya agensi tersebut telah membeli ladang dan membuat pelaburan di Indonesia pada harga yang sangat tinggi. Bagi penyokong Rafizi Ramli, ia adalah satu lagi pendedahan tentang masalah dalaman FELDA yang telah banyak menyeleweng dan menghampakan ratusan ribu keluarga peneroka FELDA.

Namun pada masa yang sama, Rafizi seperti mahu para penyokongnya bahkan penyokong kerajaan tahu bahawa antara mereka yang menerima laba besar daripada dana FELDA adalah Chen Man Hin, bekas pendatang dari China yang mendapat status kerakyatan walaupun tidak boleh berbahasa Kebangsaan apabila urusniaga ladang di Johor yang bernilai lebih RM1.2 bilion. Rafizi seperti  mahu memberitahu, orang-orang besar yang didudukkan dalam FELDA itu sebenarnya hanya mempergunakan peneroka dan keluarga mereka untuk mengembongkan tembolok mereka sahaja.

Seperti juga Rafizi mahu seluruh rakyat Malaysia tahu tentang urusniaga SPLASH yang merupakan salah satu syarikat konsesi air di Selangor yang diambilalih 11 kali ganda dari nilai asalnya berjumlah lebih RM2 bilion oleh pentadbiran Azmin Ali apabila Rafizi Ramli mengungkit tentang tanah TRX dan Tabung Haji. Rafizi mempergiatkan fitnah ke atas Tabung Haji dan pada masa yang sama, membuka ruang lebih besar agar campurtangan PKR Selangor dalam urusniaga SPLASH dan SYABAS terdedah.

Barangkali ramai yang masih ingat bilamana Rafizi Ramli secara tiba-tiba berkonfrontasi dengan Jamal Mohd Yunos dalam isu yang dianggap sangat remeh, dan tidak lama selepas itu, cerita tentang PINTU GERBANG KOTA DARUL EHSAN menjalani ‘penambahbaikan’ pada kadar kos yang langsung tidak munasabah, mula kedengaran.

Begitu juga apabila Rafizi Ramli sengaja menyerang Rosmah Mansor sebelum isu Betty Chew, isteri Lim Guan Eng cuba menguasai hartanah di Pulau Pinang, terdedah.

Mungkin dari satu segi, Rafizi Ramli tidak mempunyai moral dan tidak mempunyai batasan tetapi dari satu segi yang lain, sebagai orang politik, Rafizi Ramli amat kreatif dalam mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa secara berleluasa dan sewenang-wenangnya di dalam kumpulannya sendiri.

Perhatikan setiap gerak Rafizi Ramli secara teliti. Satu pendedahan yang kadang-kadang sengaja dibuat membabitkan Kerajaan seperti dalam isu Tabung Haji dan MRT, Rafizi Ramli juga sebenarnya mahu rakyat Malaysia tahu, ada penyelewengan dan penjarahan besar-besaran melibatkan PKR dan DAP di Selangor dan Pulau Pinang.

Cuma barangkali kerana dia di dalam PKR dan merupakan Naib Presiden, apatah lagi dia orang kuat Pakatan Harapan, Rafizi Ramli melakukannya secara terbalik tetapi sasarannya boleh dibaca sekiranya dicermati.

– theflyingkick.blogspot

About RJ

Check Also

VIDEO : MAHATHIR DIKUTUK SEMASA HADIR DI KONVENSYEN REFORMIS !

Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *