A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Hina Najib : Channel 5 Singapura dan Najip Ali minta maaf

Hina Najib : Channel 5 Singapura dan Najip Ali minta maaf

SETELAH teruk menerima kritikan, Channel 5 milik Mediacorp Singapura yang bertanggungjawab menerbitkan sebuah rancangan bual bicara OK Chope akhirnya memohon maaf secara terbuka.

Ia berhubung kontroversi isu komen celupar beberapa ahli panel tempatan menerusi program komedi tersebut secara bebas menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Rancangan yang menampilkan lima selebriti Singapura iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See sebagai peserta dengan menjadi ahli panel itu dikatakan turut menyinggung perasaan penonton.

Netizen Malaysia semalam meluahkan perasaan marah ekoran tindakan biadab panel pelawak republik tersebut selain beberapa badan karyawan tempatan yang mendesak stesen itu dan Najip meminta maaf.

“Saluran 5 dan pasukan penerbitan OK Chope! ingin secara ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak atas segmen dalam episod minggu lalu.

“OK Chope!, sebuah rancangan mingguan yang disiarkan secara langsung, memaparkan para pelawak yang memberikan pandangan lucu tentang berita dan ehwal semasa.

“Episod pada minggu lalu termasuk komen-komen yang jelas merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai tidak berhemah dan menyakiti perasaan penonton.

“Oleh itu kami sudah menariknya daripada siaran ulangan dengan serta merta. Kami dengan ikhlas meminta maaf atas kesilapan ini,” kata Ketua Pelanggan Mediacorp, Debra Soon dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, pelakon dan pelawak Najip Ali yang terlibat dalam rancangan berkenaan turut memohon maaf atas komen-komen yang diucapkan terhadap Najib.

“Sejak beberapa hari lepas saya sudah bermuhasabah diri tentang komen-komen yang saya keluarkan semasa segmen dalam sebuah rancangan komedi Saluran 5.

“Ia memang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Saya sedar betapa saya tidak berasa sensitif dan tidak berhemah.

“Saya ingin dengan ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya memohon maaf daripada beliau dan daripada para penonton dan rakan-rakan saya,” katanya.

OK Chope! menjadi kontroversi apabila hos, Vernetta Lopez bertanyakan soalan berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress” atau dalam bahasa Melayu: “Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara.”

Bagaimanapun, jawapan yang timbul dari kesemua ahli panel yang terlibat seolah-olah menyindir pemimpin Malaysia itu dengan menggunakan pelbagai isu semasa yang berbangkit.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *