Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Henti sokong pembohongan politik DAP

Henti sokong pembohongan politik DAP

Foto sekadar hiasan

Tahun 2016 menyaksikan kehangatan isu politik tertentu di Pulau Pinang, negeri ditadbir DAP hampir dua penggal. Pada penggal kedua, parti pembangkang itu banyak menduga rakyat negeri dari aspek pembangunan sosioekonomi. Awal tahun disaksikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, atas dua tuduhan rasuah mengikut Seksyen 23 dan 165 Akta SPRM.

Rakyat Pulau Pinang masih berteka-teki berhubung ketidaktelusan pentadbiran pembangkang dalam kes skandal banglo, isu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis, pembinaan terowong dasar laut serta pembinaan tiga lebuh raya. Namun, kesemua isu sepanjang 2016 masih tidak mendapat pencerahan dan buntu.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangkakan tahun ini akan menyaksikan pertarungan hebat antara Barisan Nasional (BN) dan DAP. Percaturan amat bijak sangat perlu terutama untuk menawan semula negeri dikuasai pembangkang. Perkara ini tidak boleh terlepas pandang dan perlukan tumpuan khusus. Jentera pilihan raya negeri perlu fokus kepada memenuhi agenda pembangunan tempatan yang diperlukan rakyat.

Peka, celik buat pilihan

Rakyat pula harus peka dan celik membuat perbandingan pentadbiran dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik pembangkang. Pentadbiran dua penggal amat cukup untuk rakyat menilai dan memilih parti yang bakal memerintah. Yang pasti, di sebalik menyelesaikan masalah berbangkit, tumpuan DAP beralih ke sudut lain dalam memperkukuh strategi mereka iaitu menubuhkan pakatan pembangkang baharu.

Antara isu yang dibahaskan terkini ialah bantahan penduduk Pantai Jerejak berhubung tambakan laut. Lebih 1,000 penduduk telah buat bantahan di kawasan itu. Susulan beberapa kes ini jelas menunjukkan ketidakbertanggungjawaban pentadbiran DAP.

Rakyat Pulau Pinang menanti kebenaran dan keadilan serta dianggap hina oleh DAP. Apa yang dinantikan ialah perubahan yang boleh memuaskan hati mereka dan pada masa sama mendengar keluhan mereka.

Rakyat dapat menyaksikan perdebatan antara Setiausaha Parti GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng dengan EXCO Negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng berhubung kontroversi pembinaan tiga jalan raya dan pembinaan terowong dasar laut menerusi usaha GERAKAN pada 28 Jun lalu. Perdebatan berkenaan membuka mata rakyat untuk menilai kedudukan mereka di bawah pemerintahan DAP. Jelas, rakyat Pulau Pinang ingin tahu status transaksi kewangan negeri di dalam beberapa kes. Ia hanya membawa jalan buntu dan harapan kosong kepada mereka.

Janji tidak dilaksana

Jadi, dalam menghadapi PRU-14, rakyat Pulau Pinang digesa menilai agenda DAP di dalam pentadbiran negeri. Persoalannya, adakah rakyat Pulau Pinang masih ingin menyokong DAP yang gagal dalam memenuhi janji PRU-13? Kerajaan DAP gagal mengotakan kebanyakan manifesto yang dibuat sekali gus membuktikan mereka tidak berminat membela kebajikan rakyat sebaliknya melihat kepentingan pemaju.

Banyak kes menjadi bukti. Sejak DAP menguasai kerajaan negeri, janji sebelum pilihan raya tidak dilaksanakan dan ini menunjukkan janji mereka hanya untuk dapat undi. Tiba masanya penduduk negeri mengembalikan tampuk kepimpinan kepada BN kerana DAP bukan parti terbaik mentadbir.

Usaha berterusan di dalam membangkitkan kelemahan pembangkang perlu ditekankan dari semasa ke semasa khususnya kegagalan pentadbiran kerajaan negeri. Banyak isu dilontarkan terhadap DAP untuk maklum balas segera seperti kontroversi tambak laut, terowong dasar laut, isu skandal rasuah pembelian rumah.

Pada masa sama, ahli politik BN perlu waspada dengan isu rekaan pembangkang. Setiap kesilapan pembangkang perlu disedarkan rakyat tempatan mengenai tipu helah mereka. Maka, usaha menyedarkan rakyat Pulau Pinang amat perlu dalam menghadapi PRU-14. Kemenangan BN di dua pilihan raya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar contoh jelas bahawa rakyat tidak lagi tertipu dengan sandiwara pembangkang.

Walaupun trend sokongan pengundi Cina mula kembali kepada BN, ia perlu mempengaruhi majoriti pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang secara keseluruhan untuk menolak DAP. Dahulunya, propaganda Pilihan Raya Negeri (PRN) cuba diwujudkan untuk memperkukuh semula kedudukan DAP selepas pendakwaan Guan Eng.

Mungkin majoriti undi pembangkang akan berkurangan kerana pembangkang tidak bersatu menghadapi kekuatan jentera BN di Pulau Pinang. BN boleh ambil peluang, memandangkan pengundi Cina menunjukkan tanda-tanda kembali menyokongnya. Dalam pada itu, sebagai sebuah parti komponen berasaskan multiethnic, Gerakan juga mempunyai ahli yang fasih berbahasa Cina.

Faktor ini amat penting di dalam memenangi hati dan minda serta mendekati masyarakat Cina di Pulau Pinang. Sementara itu, kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang ketinggalan sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri. Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya berbanding ketika pentadbiran BN.

Henti pembohongan politik

Apa yang dikesali, sejak 2008, peluang untuk kaum India semakin hilang. Dalam beberapa siri insiden seperti Penang Run 2016, kerajaan Pulau Pinang gagal memahami emosi dan perasaan kaum India. Justeru, slogan ketelusan yang diperjuangkan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja membuat keputusan urus tadbir negeri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa berhenti melakukan pembohongan politik dengan menyembunyikan status ekonomi di negeri itu. Guan Eng mengakui kononnya kerajaan di bawah pimpinan beliau berjaya mengurus ekonomi dan kewangan Pulau Pinang dengan cemerlang selepas kepincangan pentadbiran ekonomi di bawah BN.

Sebelum pembangkang menerajui Pulau Pinang, pentadbiran BN mencatatkan pertumbuhan KDNK 10.4 dan 5.9 peratus pada 2006 dan 2007. Pertumbuhan KDNK di bawah pembangkang naik dan turun serta tidak stabil malah semakin menurun sejak kebelakangan ini. Rakyat perlu elak persepsi berhubung pertumbuhan ekonomi menerusi retorik rekaan Guan Eng sendiri.

Naib Ketua Pemuda GERAKAN

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *