A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Helah Rafizi bakal memakan diri

Helah Rafizi bakal memakan diri

Tindakan ‘pakar fitnah’, Rafizi Ramli yang membuat tuduhan demi tuduhan sehingga sanggup menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi menghalalkan perbuatannya disifatkan hanya menutup kelemahan diri sendiri serta partinya.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata Naib Presiden PKR itu terlalu banyak helah yang boleh memakan diri.

“Rafizi suka buat tuduhan melulu sebab itu kadang-kadang saya malas layan dia buat tuduhan kepada FELDA” katanya selepas program  ‘In Talk’ FELDA 100 hari, di KL Sentral pada Rabu.

Sharir mengulas tindakan Ahli ParlimenPKR  Pandan itu yang sanggup menggunakan sentimen agama untuk ‘melepaskan diri’  selepas membuat tuduhan bahawa kononnya individu yang rapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menerima dana dari 1MDB.

Dalam pada itu Shahrir yang juga Pengerusi FELDA juga menyangkal tuduhan tidak berasas oleh Rafizi terhadap agensi penanaman berkelompok itu yang mempunyai akta yang adil kepada peneroka.

“Sebenarnya dia sendiri tidak faham perjalanan organisasi ini”  kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Pengerusi FELDA itu juga menegaskan bahawa para peneroka diseluruh negara memperolehi 100 peratus pendapatan mereka hasil penat lelah membanting tulang.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *