A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Harga minyak mentah Brent kembali jatuh

Harga minyak mentah Brent kembali jatuh

Harga minyak kembali menjunam dalam dagangan di Asia pada Isnin berikutan pengukuhan Dolar AS dan data inventori minyak global kekal tinggi.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.14 kepada AS$48.58 setong pada 0154 GMT, selepas berakhir lebih rendah AS$0.09 dalam sesi sebelumnya.

Minyak duniaDagangan hadapan minyak mentah AS, WTI jatuh AS$0.25 kepada AS$48.16 setong.

Harga minyak mentah AS naik 3.3 peratus minggu lalu, manakala Brent naik 1.7 peratus didorong gangguan bekalan susulan kebakaran di Kanada dan masalah pengeluaran di Nigeria, Libya serta Venezuela.

Menurut Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak, bekalan minyak global masih melebihi permintaan sekitar 1.5 juta tong sehari.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *