A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Hanya 2 Kerusi DUN Untuk Amanah (PAN)?

Hanya 2 Kerusi DUN Untuk Amanah (PAN)?

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sudahpun memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Menurut beliau PKR dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dan bakinya dibahagikan kepada tiga parti lain antaranya Parti Amanah Negara (PAN), Pas dan PPBM.

Namun yang menarik perhatian adalah jumlah kerusi yang diperuntukkan Azmin kepada PPBM adalah melebihi kerusi PAN, iaitu sebanyak 11 kerusi manakala PAN hanya diberikan dua kerusi DUN.

Tindakan itu mencerminkan kepimpinan Azmin tidak pasti akan kemenangan dan memandang rendah keupayaan PAN sekiranya diberikan lebih daripada dua kerusi.

“Dengarnya (Datuk Seri) Azmin sudah muktamadkan agihan kerusi di Selangor, bukan kata PH parti dia sendiri pun dia langgar putuskan bincang sama kartel je…

“Tahniah Amanah (PAN) dapat 2 kerusi SAHAJA…,” tulis Chegubard dalam Facebook beliau hari ini.

PAS yang mengangkat Azmin selaku Menteri Besar pula hanya diberikan 13 kerusi sama seperti apa yang dimiliki parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di negeri itu.

Untuk rekod, kerajaan negeri pimpinan Azmin memerlukan sebanyak 29 daripada 56 kerusi DUN Selangor untuk mengekalkan pemerintahan.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *