A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam 23 Mac – Angkasa

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam 23 Mac – Angkasa

Setelah melihat dan mengalami gerhana matahari rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac).

Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

“Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.

“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum,” katanya.

Beliau berkata pihak ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Menurutnya ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.

— BERNAMA

About RJ

Check Also

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *