A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Gejala Murtad, Liberalisme Makin Membarah

Gejala Murtad, Liberalisme Makin Membarah

Evangelis Kristian semakin membarah, dikatakan sudah berjaya menyusup masuk sehingga mampu mengepalai sebuah parti politik besar tanah air bagi melaksanakan agenda besar Kristianisasi mereka.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz berkata, beberapa pemimpin mereka sudah tanpa rasa takut mempromosikan agama Kristian melalui dakwah politik mereka.

“Sudah ada pemimpin Melayu Islam mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi.

“Inilah lambang kejayaan fahaman Liberal yang sudah lama menyusup masuk dalam kealpaan umat dan pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kumpulan ini disokong oleh kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana pihak berwajib.

“Sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antara bangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam.

“Kumpulan LGBT kini telah lebih berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong kumpulan-kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau turut menyeru agar semua umat Islam bangkit dan tidak membiarkan pemenrintah yang lemah melemahkan mereka untuk memperbetulkan keadaan.

“Umat Islam mestilah sedar. Mereka perlu bangkit daripada tidur yang panjang. Jangan biarkan pemerintah yang lemah turut sama melemahkan mereka daripada bangkit membetulkan keadaan.

“Bahkan masyarakat Islam mestilah berperanan menekan kerajaan agar bertindak berdasarkan undang-undang negara selain bertindak secara sivil menggerakkan jentera masyarakat membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam,” ujarnya.

– MYNEWSHUB.CC

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *