Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Agama / Fiqh tabayyun hadapi zaman fitnah.

Fiqh tabayyun hadapi zaman fitnah.

ZAMAN ini merupakan zaman ujian dan fitnah yang menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Manusia keliru dalam membuat pendirian dan sukar untuk berpegang teguh atas prinsip benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud.

Rasulullah SAW banyak merakamkan hadis berkenaan fitnah dihadapi umat Islam dengan menjelaskan sebab berlaku fitnah, mereka yang melakukannya dan kesannya dalam masyarakat.

Al-Quran turut merakamkan perkataan fitnah pada 34 tempat, tidak termasuk kata terbitan dari perkara fitnah yang turut terdapat dalam al-Quran, antaranya dengan pengertian ujian (Surah Al-Anfal ayat 28, Surah al-Furqan ayat 20 dan Surah al-Qamar ayat 27), syirik (Surah al-Baqarah ayat 193), musibah dan kesusahan (Surah al-Haj ayat 11), keburukan dan perpecahan (Surah al-Tawbah ayat 47 dan 48), peperangan dan pembunuhan (Surah al-Ahzab ayat 14). Ini jelas menunjukkan isu fitnah perlu difahami dengan mendalam.

Antara hadis sahih menyebut tentang fitnah ialah: Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga dua pihak yang ramai dari kalangan orang Islam berperang sesama sendiri.” (Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim). Hadis ini tidak menun-jukkan masa tertentu. Ia terbuka kepada mana-mana fitnah yang berlaku sama ada dahulu, kini dan akan datang.

Rasulullah SAW bersabda maf-humnya:”Bergegaslah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita.” (Riwayat Muslim).

Pemberitahuan berlakunya fitnah merupakan peringatan Rasu-lullah SAW supaya umat Islam bersiap sedia menghadapi iaitu:

1. Mendidik ummah bersedia apabila fitnah itu datang, mereka berkewajipan mencari jalan terbaik untuk kemaslahatan umat Islam.

2. Mengisyaratkan golongan yang menimbulkan fitnah dalam masya-rakat, mereka ini pada luarannya beriman tetapi melampau pegangan dan menyeleweng.

3. Mendedahkan ancaman golo-ngan munafik.

4. Adanya golongan mukmin bangkit menjalankan amal makruf dan nahi mungkar dalam hadapi fitnah ini.

5. Menggerakkan emosi dan semangat umat Islam berjihad dan berdakwah menghadapi fitnah.

6. Mengelak diri dari terpengaruh dengan dunia, pangkat, kedudukan dan lain-lain yang melalaikan umat Islam dari jihad dan dakwah.

7. Pemberitahuan tentang fitnah yang akan berlaku dengan menyebut sebab berlaku, sikap umat Islam dan lain-lain untuk mencari punca berlakunya fitnah.

8. Menunjukkan kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW – keimanan para sahabat yang mendengar hadis-hadis ini bertambah setelah apa diriwayatkan menyerupai fitnah yang berlaku atau dilalui mereka, seterusnya berlaku pula dari satu generasi ke satu generasi pada zaman masing-masing.

9. Rasulullah SAW menyebut dengan jelas fitnah peperangan dalam kalangan umat Islam sejak zaman sahabat, tabiin hinggalah ke hari ini. Perkara ini perlu dikaji untuk mendapat iktibar, orang Islam tidak sewajarnya jadi pemerhati sahaja.

10. Rasulullah SAW memberi peringatan menghadapi fitnah mengikut suasana setempat. Ada kala baginda mencela orang yang terlibat, memuji orang yang tidak terlibat dan memuji mereka yang memperbaiki urusan orang Islam.

Rentetan episod fitnah ber-bangkit sebeginilah umumnya majoriti ulama bersetuju tidak membincangkan peristiwa fitnah yang berlaku dalam kalangan para sahabat secara terperinci dan menyerahkan kepada ALLAH SWT menentukan siapa benar dalam kalangan mereka serta beriktikad, mereka merupakan individu yang layak berijtihad. Jika betul ijtihad mereka, dua pahala dan jika salah, mendapat satu pahala ijtihad.

Diriwayatkan Khalifah Umar Abdul Aziz ketika ditanya tentang Peperangan Siffin, berkata: “Mereka terdiri daripada orang dibersihkan darah-darah mereka. Aku tidak suka masuk campur dalam urusan mereka, lalu ia membaca firman ALLAH SWT Surah al-Baqarah ayat 141 yang bermaksud: “Mereka itu adalah umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawab-kan) tentang apa yang mereka lakukan.”

Fitnah akhir zaman merupakan sebesar-besar ujian yang berlaku. Fitnah yang diertikan adalah manu-sia diuji dengan sesuatu yang tidak jelas. Manusia keliru, tidak nampak yang benar dan salah. Menghadapi zaman fitnah, masyarakat perlu:

1. Menganalisis dan menimbang tara kebaikan dan keburukan.

2. Menjaga lisan daripada perkataan memecahbelahkan masyarakat.

3. Mengelak diri mencampuri perkara yang tidak pasti.

4. Tidak terburu-buru dalam tindakan. Tidak berkiblatkan media sosial.

5. Menerima prinsip ‘fiqh tabayyun’.

* Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

About Keruing Hitam

Check Also

MEMASANG KEPOK DAN MEMBALUT BATU NISAN, HARAM?

Oleh : Saufy Jauhary. Jika anda datang ke Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, anda akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *