A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Elak trend yang bawa mudarat

Elak trend yang bawa mudarat

27 Sept 2016

IBU bapa mana yang tak sayangkan anak. Kerap kali kita mendengar ungkapan itu disuarakan bagi menggambarkan betapa besarnya kasih ibu dan bapa kepada anak masing-masing.

Tanyalah mana-mana ibu bapa, pastinya mereka sanggup bersusah payah dan mengorbankan harta benda jika itu yang diperlukan untuk memberi kegembiraan kepada anak-anak.

Sebagai contoh, semasa musim peperiksaan ramai ibu sanggup menunggu di luar dewan sekolah selama berjam-jam dan mendoakan anaknya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan betul.

Golongan bapa pula mempunyai cara tersendiri untuk me-nunjukkan kasih kepada anak-anak.

Kebanyakan bapa pada zaman ini rela membeli apa sahaja yang anak-anak mahukan.

Ini berbeza dengan zaman datuk dan ayah kita dulu apabila semua keinginan anak-anak adalah terbatas dan tidak akan dipenuhi sesuka hati.

Di sebalik limpahan kasih yang dipamerkan ibu bapa masa kini, kita dapati mereka terlepas pandang kasih sayang dalam aspek kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Contoh paling mudah adalah berapa ramai bapa yang kerap kita lihat menghisap rokok berhampiran bayi mereka yang baru berusia dua atau tiga bulan sedangkan ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada bayi.

Selain itu, anak-anak juga dimewahkan dengan makanan ringan yang kebanyakannya tidak berkhasiat sehingga mewujudkan ramai kanak-kanak obes sejak kebelakangan ini.

Riadah malamSalah satu trend yang agak membimbangkan pada masa ini adalah kecenderungan ibu bapa membawa anak-anak mereka yang masih kecil melepak di kawasan terbuka sehingga awal pagi.

Semasa berada di Dataran Centrio, Seremban 2 baru-baru ini, penulis agak hairan apabila melihat segelintir ibu bapa membawa bayi mereka bersiar-siar di kawasan dataran itu walaupun sudah hampir pukul 2 pagi.

Puluhan kanak-kanak lain berusia di bawah lima tahun pula masih bergelak ketawa sambil mengayuh basikal dan bermain kasut roda bersama bapa mereka ketika embun pagi mula menitis di kawasan itu.

Walaupun aktiviti itu dibuat atas nama santai atau rekreasi keluarga, wajarkah anak-anak yang masih mentah ini dibiar berpeleseran pada waktu sedemikian?

Selain tidak baik untuk kesihatan, kita tahu generasi dulu sangat melarang anak-anak termasuk yang sudah dewasa keluar sehingga awal pagi kerana dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini.

Melepak dan melepaskan lelah sehingga awal pagi ini sudah menjadi trend bagi sesetengah rakyat negara ini. Itu dikatakan aktiviti masa kini terutama bagi penduduk kota.

Bagaimanapun, bukan semua yang nampak ‘cool’ itu baik terutama untuk kesihatan dan pembesaran fizikal serta minda anak-anak.

– utusanonline

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *