A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Ekonomi Malaysia: Fakta Bukan Bohongan – Salleh

Ekonomi Malaysia: Fakta Bukan Bohongan – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia perlu melihat fakta dan bukannya mendengar khabar angin serta propaganda negatif berkaitan dengan “Armageddon” ekonomi Malaysia.

salleh_said_keruak_skmm

“Terlalu banyak ramalan-ramalan negatif berkaitan dengan ‘Armageddon’ ekonomi Malaysia.

“Sudah tentunya, ‘tukang-tukang ramal’ itu kebanyakannya rakyat Malaysia yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada dasarnya, ia hanya retorik politik semata-mata dan bukan analisis kewangan berdasarkan kepada asas ekonomi,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

Menurut Salleh, senario itu tidak selari dengan hakikat bahawa pelabur masih datang ke Malaysia untuk melabur dan setiap tahun negara mencatatkan peningkatan pelaburan asing.

Beliau berkata, satu lagi contoh ialah penawaran bon Sukuk baharu Malaysia berjumlah US$1.5 bilion, yang menerima sambutan menggalakkan semalam meskipun keadaan ekonomi global yang lemah.

Menurutnya, sukuk US$1.5 bilion itu terlebih langgan 4.2 kali apabila ia menerima langganan US$6.3 bilion.

“Ini menunjukkan fundamental jangka panjang Malaysia masih kekal menarik kepada para pelabur. Bandingkan ini dengan penawaran sukuk Indonesia bulan lepas yang mana Sukuk bernilai US$2.5 bilion mereka 3.4 kali terlebih langgan,” katanya.

Salleh berkata sekiranya orang membaca laporan media, terutamanya media dalam talian, ekonomi Malaysia kelihatan seolah-olah berada diambang keruntuhan, seperti apa yang berlaku pada era 1920-an di mana dunia ibarat ‘hampir berakhir’ apabila pasaran saham merudum, bank-bank bankrap, orang hilang pekerjaan dan rumah dan terpaksa menjadi gelandangan.

“Kemudian, jika kita lihat kepada pasaran ekuiti, pasaran modal Malaysia menunjukkan peningkatan sehingga RM2.8 trilion pada 2015, meningkat 150 peratus sejak 2009.

“Pasaran ekuiti juga berkembang sebanyak 69.6 peratus kepada RM1.7 trilion, manakala pasaran bon dan Sukuk meningkat 74.4 peratus kepada RM1.1 trilion,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting, pendapatan bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan 12 peratus malahan lebih tinggi daripada purata kebangsaan pada 8 peratus.

“Ini bermakna kerajaan berjaya mengeluarkan 2.9 juta rakyat daripada kemiskinan tegar,” katanya.

— BERNAMA

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *