A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Dari Blog Pilihan / DUN Selangor tangguh selepas dua hari, kerajaan negeri elak jawab isu berbangkit

DUN Selangor tangguh selepas dua hari, kerajaan negeri elak jawab isu berbangkit

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor tidak menolak kemungkinan sidang DUN Selangor yang hanya berlangsung selama dua hari terpaksa ditangguh lebih awal kerana kerajaan negeri enggan menjawab beberapa isu berbangkit termasuk dakwaan penukaran status lot tanah Paya Indah Wetlands.

Menurut ADUN Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus, sidang DUN Selangor sepatutnya berlangsung selama dua minggu bermula 1 Ogos (Isnin) namun ditangguhkan mengejut pada 2 Ogos (Selasa) selepas hanya 31 soalan dijawab berbanding 310 soalan yang disenaraikan.

“Saya dapat melihat mengapa sidang DUN agak tergesa juga ditangguhkan yang (sebelum) ini meminta masa dua minggu daripada Tuanku (Sultan Selangor) tetapi hanya dibuat dua hari,” katanya lagi.

Ujar Shukor, banyak lagi soalan-soalan daripada ADUN Selangor baik pembangkang mahupun kerajaan perlu dijawab kerajaan negeri terutama sekali Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Kerajaan negeri Selangor kini diekori rapat perihal pendedahan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung status tanah Paya Indah Wetlands.

Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sebelum ini mendakwa kerajaan negeri dengan persetujuan Azmin meluluskan pengubahan status tanah daripada pertanian kepada pembangunan di atas tanah milik Paya Indah Wetlans.

Paya Indah Wetlands adalah kawasan yang diiktiraf sebagai tapak ramsar (tanah paya) oleh Jabatan Perhilitan Pusat sejak 1998.

Menurut Chegubard, tindakan meluluskan penukaran status tanah itu merugikan alam sekitar selain berdepan dengan risiko berikutan kawasan itu adalah kawasan paya.

Bagaimanapun, Exco Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping dalam sidang medianya pada Selasa menafikan dakwaan Chegubard dan mendakwa lot yang diubah statusnya adalah tanah milik syarikat swasta.

Sementara Azmin ketika diajukan soalan perihal isu ini mengelak dan enggan menjawab pertanyaan pemberita.

Ujar Shukor lagi, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan kepada masalah-masalah besar yang sedang melanda Selangor seperti masalah denggi dan sampah berbanding mengaut keuntungan terhadap tanah warisan.

“Ini dilihat sebagai tindakan yang begitu rakus oleh kerajaan di bawah pimpinan Pakatan. Banyak lagi agenda lain yang boleh dilaksanakan (tetapi) mereka begitu rakus untuk membangunkan tanah ini kerana melihat ia mampu memberi pulangan kepada mereka.

“Mereka telah lari daripada tanggungjawab yang sepatutnya menjadi agenda utama mereka sekarang tentang menangani masalah denggi dan sampah yang menajdi begitu popular di Selangor sehingga meletakkan gelaran ‘johan’ untuk isu denggi,” katanya.

Selain SAMM, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, juga pernah mendesak kerajaan negeri untuk memberi penjelasan mengenai isu yang sama.

Khalid memberitahu semasa beliau menjadi menteri besar negeri itu, beliau sudah pun menolak permohonan untuk menukar status tanah yang sama atas alasan ia tidak selamat untuk dibangunkan.

Mengulas lanjut, Shukor berkata bukan hanya isu Paya Indah Wetlands yang menuntut penjelasan Azmin dan kerajaan negeri, bahkan banyak lagi.

“Bukan saja permasalahan ini (Paya Indah) tetapi banyak juga isu-isu lain yang nampaknya mereka nak lari daripada tanggungjawab. Sebagai contoh (ada) isu bukan saja (dibangkitkan) pembangkang tetapi wakil rakyat mereka juga tentang infrastruktur banyak kawasan yang tidak dilaksanakan walaupun mereka bermegah mempunyai rizab yang tinggi,” katanya lagi.

sumber

About RJ

Check Also

VIDEO : MAHATHIR DIKUTUK SEMASA HADIR DI KONVENSYEN REFORMIS !

Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *