A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Dong Zhong marahkan Najib sebab tak mahu bina sekolah baru aliran cina

Dong Zhong marahkan Najib sebab tak mahu bina sekolah baru aliran cina

Diberi betis hendak paha, bidalan inilah yang paling sesuai untuk memaparkan sikap dan gambaran sebenar Dong Jiao Zhong.

Toleransi yang diberikan oleh Kerajaan, dijadikan sebagai satu kewajipan walaupun hakikatnya, ianya tidak ada langsung dalam peruntukan undang-undang mahupun perlembagaan.

Itulah yang berlaku kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina!

Kumpulan yang menjadi tonggak kepada DAP bagi mendapatkan sokongan orang Cina untuk mereka, Dong Jiao Zhong, mempersoalkan tindakan Kerajaan pmpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang kurang memberikan komitmen untuk pembinaan sekolah-sekolah Cina yang baru.

Sekolah-sekolah Cina tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia walaupun Perlembagaan juga tidak menghalang kewujudan sekolah-sekolah tersebut, tetapi perlu ditadbir oleh pengelola dan kumpulan-kumpulan mereka tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan mahupun peruntukan kewangan negara.

Dong Zhong merujuk kepada dua memorandum yang telah mereka hantar kepada Perdana Menteri pada tahun 2011 dan 2012 yang memperkatakan tentang ‘KEPERLUAN‘ bagi mewujudkan 45 buah sekolah Cina yang baru. Bagaimanapun, permintaan mereka tidak dihiraukan oleh Najib, bahkan tiada sebuah sekolah baru Cina pun yang dibina oleh Kementerian Pelajaran walaupun selepas dua memorandum tersebut dihantar, kata Vincent Lau, Pengerusi Dong Zhong dalam satu sidang media di Kajang, Sabtu lepas.

Vincent Lau turut mempersoalkan tindakan kerajaan membina lebih banyak sekolah-sekolah kebangsaan dan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Cina.

Selain itu, Vincent Lau turut mempersoalkan bajet sebanyak 89% diperuntukkan untuk sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 1991 dan dinaikkan menjadi 96% pada tahun 2010. (RUJUK SINI)

Sebelum ini, Dong Zhong marahkan kerajaan kerana enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Turut bersama dengan Dong Zhong adalah beberapa orang pemimpin dari MCA dan Gerakan.

Dong ZhongApa yang dituntut oleh Dong Zhong itu sebenarnya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan bahkan sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Perkara 152 dan 153.

Pada ketika hampir kesemua negara di dunia ini menggunakan satu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan, termasuklah di China dan India yang ada ratusan bahasa pertuturan, tetapi kekal menjadikan Mandarin dan Hindi sebagai Bahasa Kebangsaan, di Malaysia pula, golongan yang baru mendapat kerakyatan pada tahun 1957 dan 1974 mendesak agar sebarang peruntukan yang melebihkan Bahasa Melayu, orang Melayu-Bumiputera dan Islam, dihapuskan manakala golongan mereka diserap untuk disamaratakan.

Alasan yang paling menarik pernah mereka berikan ialah, PENCIPTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH MENINGGAL DUNIA dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sudah lapok.

Fenomena menarik pada PRU yang lepas ialah TSUNAMI CINA… diberi macam-macam, mereka tuntut macam-macam, tetapi akhirnya mereka menjadikan pemberian tersebut untuk melakukan TSUNAMI CINA!!!

– theflyingkick.blogspot.my

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *