A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Demi untuk berkuasa Tun M bina dua pakatan

Demi untuk berkuasa Tun M bina dua pakatan

18 OGOS : PENUBUHAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat memiliki kekuatan serta berupaya memberi cabaran hebat kepada BN pada PRU14.

Penulis ruangan dalam Kwong Wah Yit Poh, Hu Yi Dao berpendapat, sekiranya berdasarkan kaji selidik dilakukan oleh Sinar Online baru-baru ini yang bertajuk ‘Parti mana mampu pikat sokongan anda menjelang PRU14?’ sebagai ukuran, kemampuan Bersatu sememangnya tidak boleh diperkecilkan.

Beliau menulis, mengikut hasil undian daripada 3,800 orang, Bersatu memperoleh undian terbanyak iaitu 36%, diikuti Pas (28%), Pakatan Harapan (27%) dan BN 9%.

“Keputusan yang diperolehi daripada kaji selidik itu membuktikan Bersatu menerima sokongan oleh pengundi Melayu. Walaupun terdapat beberapa bekas pemimpin Umno tidak disenaraikan dalam barisan kepimpinan, tetapi difahamkan beberapa pemimpin lain, seperti bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kemungkinan akan dipancing oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk sertai parti baharu itu,” tulisnya.

Antara pemimpin yang tidak disenaraikan dalam barisan penaja termasuklah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Hu Yi Dao menulis, bagi memastikan barisan pembangkang berada dalam kedudukan satu lawan satu dengan BN, Tun Mahathir dikatakan sedang berusaha membentuk dua pakatan parti pembangkang yang kuat.

“Pakatan pertama ialah Bersatu bekerjasama dengan Pas dan sebuah parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagi melahirkan sebuah pakatan parti Melayu yang kuat. Manakala pakatan kedua ialah membentuk kerjasama antara Bersatu dengan Pakatan Harapan,” tulis beliau.

Bagaimana pun, kata penulis ini, pakatan seperti ini seolah-olah seperti apa yang telah berlaku pada PRU tahun 1990 apabila bekas Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah membentuk dua pakatan, iaitu Gagasan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PRM dan PBS; manakala satu lagi pakatan ialah Angkatan Perpaduan Ummah yang terdiri daripada Pas, Hamim, Berjasa dan Kimma.

“Dua pakatan ini walaupun dilihat cukup gah, namun akibat asas persefahaman tidak sekata dan berlaku perbezaan matlamat perjuangan antara satu dengan lain, kedua-dua pakatan ini hanya mampu meraih 53 kerusi Parlimen sahaja. Tengku Razaleigh akhirnya mengaku kalah dan kembali semula ke pangkuan Umno,” tulisnya.

Melalui analisis penulis ini, beliau tidak menaruh keyakinan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan akur kepada kehendak Tun Mahathir itu, ditambahkan lagi persengketaan yang berlaku antara Pas dengan dua parti lain, iaitu DAP dan Amanah.

“Oleh itu, harapan Pas untuk menyertai pakatan pembangkang yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri itu agak tipis. Apakah Umno, Pas, PKR, Amanah dan Bersatu mampu capai kemenangan? Tunggu dan lihatlah bagaimana nasib parti-parti Melayu ini dalam PRU akan datang,” tulisnya.

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *