A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Demi Selamatkan Kerusi MB Azmin Sedia Jumpa Haji Hadi

Demi Selamatkan Kerusi MB Azmin Sedia Jumpa Haji Hadi

Kestabilan Kerajaan PKR Selangor yang semakin meruncing menyebabkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sanggup mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan hala tuju kedua-dua parti itu di Selangor.

Menurut Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan walaupun PAS dalam muktamarnya bersetuju memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Namun kata Azmin, untuk memungkinkan keadaan itu berlaku, semua pihak perlu mempunyai kerendahan hati untuk duduk bersama dan berbincang.

“Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang.

“Ya, terdapat perbezaan (antara kedua-dua parti ketika ini) tetapi saya fikir ia boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” tegas Azmin di Shah Alam, pada Selasa.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Kata Azmin, setakat ini beliau belum berjumpa dengan Abdul Hadi.

Semasa muktamar ke-63 PAS lalu, katanya, beliau berada di Taiwan dan Timur Tengah.

– bnbbc

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *