Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dasar baharu tapak uptown janji kelainan

Dasar baharu tapak uptown janji kelainan

ISU jual atau sewa tapak uptown dengan harga tinggi bukanlah perkara baharu di negara ini.

danau-kota

Uptown atau bazar malam yang terkenal di kalangan peniaga Bumiputera ini asalnya merupakan tempat atau lubuk rezeki buat peniaga Melayu menjalankan perniagaan serta menambah pendapatan.

Bagaimanapun sikap tamak segelintir peniaga yang mencari jalan mudah dengan menjual atau menyewa tapak berniaga mereka kepada peniaga lain untuk meraih keuntungan sendiri, merosakkan imej uptown sebagai pusat perniagaan orang Melayu.

Menyedari isu tersebut, Presiden Kelab Usahawan Selangor (Kusel), Datuk Mohammad Zaini Md Taha, melaksanakan dasar baharu terhadap peniaga di Uptown Ken Rimba, Padang Jawa, yang bakal dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

“Ia melibatkan 100 peratus Bumiputera dan dikenali sebagai Malay Uptown. Keutamaan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Setiap peniaga diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan perlu menandatangani perjanjian dengan peguam yang dilantik agar tapak itu tidak disalah gunakan,” katanya yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kusel, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Presidennya, Iera Yusof.

Mengulas lanjut mengenai Uptown Ken Rimba, Mohammad Zaini berkata, sebanyak 560 lot kedai disediakan, termasuk 42 gerai jualan yang disertai selebriti tanah air.

Katanya, bahagian ‘Artis Corner’ itu bukan sahaja turut memberi ruang kepada selebriti berkecimpung dalam bidang perniagaan, bahkan juga sebagai tarikan utama buat peminat dan pengunjung yang hadir.

“Kita juga menyediakan pentas kebudayaan yang akan memberi ruang kepada artis-artis kebudayaan serta mereka yang mahu membuat persembahan. Selain itu, kita juga membuka ruang untuk pameran,” katanya yang turut memaklumkan Kusel bakal melancarkan 200 trak makanan yang akan memberi manfaat kepada usahawan di negeri ini.

Pusat Informasi Usahawan

Dalam pada itu, Mohammad Zaini berkata, Pusat Informasi Usahawan atau lebih dikenali sebagai Pusat Sehenti, telah ditubuhkan seiring dengan matlamat Kusel sebagai tempat untuk melahirkan generasi usahawan berilmu, berakhlak, berdaya saing dan berdaya maju yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Pusat ini mengambil lokasi di Bangunan Umno Negeri Selangor serta mendapat kerjasama dan sokongan daripada Tan Sri Noh Omar, yang juga merupakan Penaung Kusel.

“Segala saluran atau maklumat untuk peniaga akan terdapat di sini. Ia termasuklah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara), SSM dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

“Dengan adanya badan-badan ini, maka ia sangat bertepatan dengan matlamat Kusel dalam membantu usahawan secara keseluruhannya termasuk menyediakan pelbagai keperluan perniagaan dan prasarana seperti khidmat nasihat kewangan, teknikal, syariah dan fiqh muamalat serta bimbingan ‘Mentorship’,” katanya.

Mempunyai lebih 1,300 syarikat yang berdaftar sebagai ahli di seluruh negeri terdiri daripada pengilang, pemilik kedai serta peniaga, Kusel meneruskan misinya membimbing usahawan menerusi Klinik Usahawan yang diadakan secara percuma di Bangunan Umno Negeri Selangor, Shah Alam, pada setiap Rabu.

“Kita mempunyai 35 mentor, yang mana setiap mentor membantu anak didik mereka (mentee) dari segi kaunseling dan mendapatkan pinjaman modal.

“Setiap mentor menjaga sekurang-kurangnya 10 mentee. Biasanya, setiap pertemuan akan mendedahkan kecenderungan minat niaga dan mentee dibimbing mengikut kecenderungan mereka,” katanya.

Menurutnya, Kusel juga dalam rancangan untuk turun padang bagi melahirkan lebih ramai usahawan demi menyumbang kepada ekonomi negara sejajar matlamat kerajaan.

“Program ini akan melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana kami akan membantu penduduk untuk memiliki perniagaan. Tujuan utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *