A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / Dari underdog ke favourite? #scs93 #prksgbesar

Dari underdog ke favourite? #scs93 #prksgbesar

11 JUN: Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yakin calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang mampu memenangi pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih besar kerana beliau turut disenangi masyarakat Cina.

IMG-20160611-WA0225

“Walkabout, sesi ceramah dan lawatan ke rumah golongan yang memerlukan turut membantu daripada segi meraih sokongan penduduk, lebih-lebih lagi pengundi kaum Cina. Namun begitu sebarang kejutan tidak boleh diperkecilkan kerana PAS dan Amanah mungkin tampil dengan kejutan masing-masing,” katanya.

Turut berkongsi pandangan yang sama, Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan yakin BN boleh memenangi PRK kali ini kerana Budiman disenangi penduduk Sungai Besar, menjadikannya satu bonus kepada BN, sekali gus mampu mencatat peningkatan undi majoriti.

Beliau juga menjangkakan laluan sukar bagi calon Amanah Azhar Abdul Shukur, untuk ‘menawan’ kerusi Parlimen Sungai Besar berbanding dua pencabar iaitu Budiman dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

Menurutnya, meskipun ketiga-tiga calon memasuki gelanggang PRK dengan taring yang berbisa, calon BN dan PAS dilihat lebih menonjol kerana profil dan reputasi kedua-dua calon itu bukanlah sesuatu yang asing di peringkat negeri Selangor.

“Ia bagaimanapun agak sukar bagi calon Amanah yang tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam politik. Malahan penglibatan beliau dalam politik juga kurang menyerlah berbanding yang lain,” tambahnya.

About RJ

Check Also

Tiada Permit, SPR Hentikan Ceramah PAN #scs93 #prksgbesar

8 Jun: Ceramah Parti Amanah Negara (PAN) Balairaya JKKK Kampung Penerangan Parit 5, Sekinchan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *