A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / DAP ‘pak hasut’, rakyat berpotensi porak-peranda

DAP ‘pak hasut’, rakyat berpotensi porak-peranda

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa parti rasis dan cauvinis DAP berbahaya kerana menjadi ‘pak hasut’.

Dakwanya, tindakan DAP yang mengetuai pakatan harapan sudah seperti menanam kebencian kepada kerajaan, dan ia sangat berbahaya kepada keharmonian antara kaum.

Tiong Lai ketika ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab malam tadi berkata, beliau bimbang rakyat negara ini yang hidup dalam keadaan harmoni suatu masa nanti akan menjadi porak-peranda jika berterusan dihasut.

“Jadi, kita jangan biarkan DAP terus mempergunakan hasutan dan memainkan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa pemimpin-pemimpin dalam parti itu.

“Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, DAP menggunakan slogan Ubah untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya komuniti Cina.

“Kita perlu terus berpegang kepada nilai teras Barisan Nasional (BN) iaitu kerjasama, semangat konsensus dan kita akan pastikan perpaduan yang unggul untuk rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *