Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / DAP membisu calon PAN dihukum pengundi Cina di Sungai Besar

DAP membisu calon PAN dihukum pengundi Cina di Sungai Besar

22 JUN: Pemimpin-pemimpin DAP terus membisu mengenai kekalahan ayam sabung mereka, Parti Amanah Negara (PAN) dalam cubaan sulung bertanding pada pilihan raya di Semenanjung.

Walaupun, parti serpihan PAS itu sudah memulakan langkah sulung pada pilihan raya negeri Sarawak awal Mei lalu, ianya boleh dianggap ‘pemanas badan’ kepada parti yang baru beberapa bulan ditubuhkan.

kitsiangpanDAP beria-ia mahu PAN bertanding pada pilian raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, DAP ketika timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sedang mencatur strategi supaya PAS membenarkan PKR bertembung satu lawan satu dengan Barisan Nasional.

Azmin terpaksa akur kerana Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut member lampu hijau kepada PAN bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) sekaligus menyebabkan pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar.

Sepanjang kempen, DAP telah menggambarkan PRK itu sebagai titik permulaan bagi PH untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang,

DAP heret Tun Mahathir

Bagi menyakinkan pengundi-pengundi, DAP mengeheret mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mungkin berpendapat tindakannya itu dapat menarik sokongan rakyat yang turut tidak berpuashati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sama seperti Tun Mahathir.

bendera pas vs dap

Sikap DAP sentiasa mahu membuli PAS tidak memungkinkan parti Islam itu bersedia duduk semula semeja dengan DAP.

Malangnya, rakyat dapat melihat PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanya alat PH dan Tun Mahathir untuk mencapai tujuan masing-masing iaitu DAP mahu menumbangkan kerajaan BN manakala Tun Mahathir menjatuhkan Najib .

Kesan, pengundi sudah menghukum PH apabila calon PAN yang bertanding pada dua PRK itu kalah, begitu juga dengan calon PAS.

Pengundi Cina tolak calon tajaan DAP

Seperti PRN Sarawak, pengundi Cina yang sebelum ini menyokong DAP, menolak calon PAN tajaan DAP sekaligus memberi tamparan hebat kepada DAP apabila undi kaum Cina tidak lagi sewenang-wenangnya emihak mereka.

Sepatutnya calon PAN boleh menang di Sungai Besar kerana DAP menguasai undi di Dun Sekinchan dan hanya perlu sedikit undi Melayu sama ada dari penyokong PKR dan PAN di Dun Pasir Panjang dalam parlimen Sungai Besar.

Lebih malang, pertembungan itu menyebabkan calon BN menang dengan majoriti yang besar sekaligus membuka mata beberapa pemimpin PKR dan PAN bahawa pembangkang perlu bersatu jika tidak mahu BN memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU ke 14.

Pakatan Harapan pujuk PAS

Azmin sendiri mahu PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah PH bagi menghadapi BN malah timbalan presiden PAN, Salahuddun Ayub turut mempelawa PAS kembali ke meja rundingan bagi tujuan itu.

Mungkinkah PAS bersedia menerima lamaran itu setelah DAP selama ini membuli parti itu ketika bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat (PR)?

Mahukan PAS kembali bersama-sama dengan pemimpin PAN yang menikam belakang PAS apabila keluar beramai-ramai menubuhkan parti baru dan mencabar PAS pada dua PRK yang baru lalu?

PAS sedia berpatah arang

Setakat ini, pemimpin-pemimpin PAS sudah mebayangkan tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan PAN di dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.

“Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan PAN dan DAP.

“Dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus.

“Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit,” katanya.

Jika pendirian PAS kekal, PH terpaksa menerima lebih awal hakikat bahawa hasrat mereka mahu menumbangkan kerajaan BN pada PRU ke 14 tidak akan tercapai.

Bagi PAS pula, pendirian itu akan memaksa mereka berdepan tentangan habis-habisan oleh PAN teurtama di Selangor dan Kelantan juga Terengganu pada PRU nanti.

Sudah tentu DAP akan kekal sebagai ‘abang long’ memberi segala bantuan kepada PAN bagi menguburkan PAS kerana parti itu tidak mungkin bersedia menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang kini dikuasai golongan ulama.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *