Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / DAP kecewa forum Tun M hambar ceramah Dr. Zakir Naik meriah

DAP kecewa forum Tun M hambar ceramah Dr. Zakir Naik meriah

Salah satu rakan Pakatan Harapan, DAP meluahkan rasa kesal apabila forum oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik kerajaan langsung tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu.

Sebaliknya ceramah agama oleh pendakwah terkemuka antarabangsa Dr. Zakir Naik terus-terusan mendapat sambutan memberansangkan bukan sahaj daripada masyarakat Melayu sahaja malah pelbagai kaum lain turut hadir.

Portal berita DAP, Roketkini.com dalam satu artikel melaporkan, Tun Mahathir membantu pembangkang dengan membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), tetapi puluhan ribu kaum Melayu lebih suka menghadiri ceramah Dr. Zakir.

Lantaran tidak pusa hati dengan jumlah kehadiran DAP mula membuat tuduhan liar mendakwa UMNO dan PAS sengaja membawa Dr. Zakir menjelajah dari negeri ke negeri untuk bertemu orang ramai supaya menyokong penyatuan dua parti Islam itu iaitu UMNO dan PAS demi kepentingan kesatuan ummah.

IMG_20160422_195926

“Agama, butang sensitif umat negara ini yang pantang disentuh pasti membuatnya melompat. Sekali dipicit butang agama ini, maka lembiklah tengkuk semuanya sekali.

“Sia-sia Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) berbuih mulut bercerita panjang tentang skandal 1MDB. Akhirnya yang akan buat buntang mata orang Melayu-Islam ialah kesaktian Dr. Zakir mengislamkan orang dan berhujah dengan nas-nas yang dikutip daripada kitab-kitab hafalannya,” dakwa artikel itu.

Roketkini.com turut menyindir Dr. Zakir mempunyai kuasa sakti untuk menarik perhatian dan rasa takjub umat Islam kerana berjaya mengubah keyakinan orang awam yang tidak percaya kepada agama supaya percaya kepada agama.

Artikel itu bagaimanapun mendakwa, kemampuan Dr. Zakir berbuat demikian sebenarnya bukan perkara luar biasa sebaliknya ia cuma satu fenomena biasa malah menuduh pendakwah Islam itu bukan tahu semua perkara.

“Kita malah pernah melihat kesaktian yang hampir sama diperlihatkan melalui satu sosok bernama Ustaz Azhar Idrus, yang berceramah dengan loghat Terengganu pekat dan menjawab seremeh-remeh persoalan dengan apa yang kita lihat sebagai ilmu dan sikap yakin diri yang tinggi. Meski ada yang berhujah bahawa Azhar Idrus itu bukanlah ilmuan sangat pun.

“Hujah yang sama turut terpakai terhadap Zakir Naik. Dia bukannya tahu semua benda, malah sudah tersebar videonya membuat lebih dua puluh kesalahan dalam masa lima minit. Namun itu tidak penting bagi pancaindera Melayu Islam. Apa yang mahu dilihat ialah keyakinannya menjawab soalan, berhujah dan mengislamkan orang. Apa yang dimahukan orang Melayu Islam ialah ketokohan satu faktor yang sangat didahagakan sepanjang beberapa tahun lampau,” sindir DAP lagi.

Sebelum ini Dr. Zakir dalam satu temuramah secara terbuka menyatakan harapan beliau untuk melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan syiar Islam terus berkembang maju.

Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.

Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.

“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.

“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” kata Dr Zakir.

Rentetan itu Dr. Zakir dilempar dengan pelbagai kata nista oleh penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di media sosial yang berang dengan saranan berkenaan.

Dr. Zakir yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia itu turut dituduh sebagai pencacai UMNO dan kerajaan.

PKR pula dalam reaksi berhubung kehadiran Dr. Zakir di Malaysia menyarankan pendakwah terkemuka agama bukan Islam turut datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di negara ini.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *