A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / DAP kaku terduduk, hilang lima kerusi

DAP kaku terduduk, hilang lima kerusi

DAP yang sebelum ini ‘berangan’ mahu meningkatkan penguasaan atau setidak-tidaknya mengekalkan kedudukan kerusinya pada Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11 terpaksa akur dengan kehebatan Barisan Nasional (BN) apabila keputusan rasmi menunjukkan parti itu kehilangan lima kerusi berbanding 12 kerusi yang dikuasai sebelum ini.

Lima kerusi itu ialah Batu Kawa, Dudong, Meradong, Piasau dan Repok sekaligus memberi kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN apabila memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

DAP juga kecundang di semua enam kerusi yang menjadi rebutan dengan sekutunya, PKR iaitu kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu.

DAP hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu.

Calon ‘favorite’ yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berjaya mengekalkan kemenangan di Kota Sentosa dengan 10,047 undi.

Bagaimanapun jumlah itu menunjukkan majoritinya merosot hampir separuh berbanding 12,594 undi dengan majoriti 4,824 pada 2011.

DAP juga terpaksa berputih mata apabila Presiden Parti Cina di Sarawak (SUPP), Senator Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada penyandangnya, Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085.

Malah, SUPP menang tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya sekali gus menjelaskan berlakunya pengalihan undian masyarakat Cina kepada parti pro BN.

BN juga berjaya merampas kerusi Meradong apabila Ding Kuong Hiing menewaskan wakil dua penggal DAP, Ting Tze Fui dengan majoriti 1,516 undi.

Dalam pertandingan lima penjuru di Batu Kitang, muka baharu BN, Lo Khere Chiang mengalahkan pencabar terdekat Abdul Aziz Isa Marindo (DAP) dengan majoriti 1,840 undi.

Di Bawang Assan, calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh meraih 9,015 undi untuk melakarkan majoriti 4,131 undi ke atas pencabar Chiew Sung Ngie (DAP) 4,884, Wong Sing Wei (Star) 100 dan dua calon Bebas, Watson Bangau 569 dan Yeu Bang Keng dengan 63 undi.

Pada PRN Sarawak kali ini DAP bertanding di 31 kerusi berbanding 15 kerusi pada pilihan raya lalu.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan (PH), PKR berjaya mengekalkan tiga kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu manakala AMANAH yang bertanding di 13 kerusi sekadar memeriahkan kempen politik PRN Sarawak ke 11 tanpa sebarang kejayaan.

Bekas parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, PAS yang bertanding di 11 kerusi sekadar mengulangi kegagalan sewaktu PRN ke 10 lalu.

Yang pasti, episod tuding jari saling menyalahkan satu sama lain antara DAP dan PKR bakal menyusul lantaran percanggahan dan kerakusan untuk berkuasa dikenalpasti antara punca kemerosotan prestasi parti gabungan itu pada PRN kali ini.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *