A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dakwaan PAN Selangor Tidak Matang, Zuraida Ditempelak

Dakwaan PAN Selangor Tidak Matang, Zuraida Ditempelak

Tindakan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, Zuraida Kamaruddin menggelar Parti Amanah Negara (PAN) Selangor tidak matang ditempelak.

Ketua Penerangan Kelab Asal Bukan UMNO dan Pas (ABUP), Mohd. Rani Ghazali berkata, selaku salah seorang pemimpin PH Selangor, Zuraidah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Lagi pun keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Pas diputuskan oleh Majlis Presiden PH dan ia perlu dihormati semua ahli.

“Zuraida sama sekali tidak boleh beralasan kononnya mandat rakyat yang diterima semasa PRU-13. Mandat rakyat sesekali tidak membenarkan Pas bersekongkol dengan (Datuk Seri) Najib dan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Ketua Wanita PKR itu menempelak tindakan PAN Selangor menuntut supaya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengkaji semula kedudukan Pas di negeri berkenaan.

Katanya, kenyataan terbuka oleh PAN itu tidak bertepatan dengan semangat kerjasama dalam PH dari segi konsensus.

Dalam konvensyen PAN Selangor di Ampang semalam, kesemua mereka sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor mengkaji semula kedudukan Pas dalam kerajaan negeri.

Zuraida turut bertegas keberadaan Pas dalam kerajaan negeri Selangor adalah mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas mengenai itu, Mohd. Rani berkata, langkah Azmin yang terus mempertahankan Pas dalam kerajaan Selangor adalah tindakan kurang wajar dan memperbodohkan rakyat.

“(Kelab) ABUP dengan ini terus mendesak MB Selangor segera keluarkan Pas dari Kerajaan Selangor demi memperkuat dan memperkukuh PH tu sendiri serta sekaligus membentuk Kerajaan PH Selangor,” katanya.

– MalaysiaGazette

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *