A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa (page 30)

Berita Semasa

Berita semasa dalam negara dan luar negara. Meliputi berita politik, Am, Ekonomi dan lain-lain

500 Ahli PPBM Umum Keluar Parti.

Seramai 500 ahli Bersatu kawasan Rembau mengumumkan keluar parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju. Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 …

Read More »

Lawatan Ke India Sangat Berjaya – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasil lawatan beliau ke India sebagai amat berjaya dan mencorakkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara yang kini berusia 60 tahun. “Saya sangat berpuas hati dengan lawatan ini, saya lihat evolusi hubungan ini daripada mula kini telah ada kepelbagaian, telah berkembang daripada bersifat …

Read More »

Hina Najib : Channel 5 Singapura dan Najip Ali minta maaf

SETELAH teruk menerima kritikan, Channel 5 milik Mediacorp Singapura yang bertanggungjawab menerbitkan sebuah rancangan bual bicara OK Chope akhirnya memohon maaf secara terbuka. Ia berhubung kontroversi isu komen celupar beberapa ahli panel tempatan menerusi program komedi tersebut secara bebas menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. …

Read More »

Harga petrol naik 2-3 sen, diesel turun

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen dan dua sen pada minggu kedua April sejak kaedah harga mingguan diperkenalkan. RON95 dijual pada harga RM2.16 seliter manakala RON97, RM2.43 seliter. Bagaimanapun harga diesel turun tiga sen kepada RM2.08 berbanding RM2.11 sebelum ini. Harga baru itu akan berkuat …

Read More »

Penipuan @RafiziRamli mengenai inflasi negara sekali lagi dibongkar

1. Rafizi Ramli dikesan menipu lagi di laman Facebook miliknya dalam posting ‘KENYATAAN MENTERI MENGENAI INFLASI MEMANDANG RENDAH MASALAH HARGA BARANG NAIK’. Pembohongan 1: Menggambarkan Kadar Inflasi Februari 2017 4.5% Sebagai Inflasi Tahunan. 2. Rafizi berbohong apabila menggambarkan kadar inflasi Februari 2017 pada 4.5% adalah kadar inflasi tahun 2017 apabila …

Read More »

Hampir 10,000 Rumah PPR Masih Belum Didiami – Noh Omar

Kira-kira 10,000 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara masih belum didiami penyewa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar. Beliau berkata ia kerana proses tapisan tawaran penyewaan yang ketat yang dijalankan kerajaan negeri dalam memastikan calon penyewa yang memperoleh kemudahan …

Read More »

Azmin Perlukan PAS Untuk Kekal Berkuasa – Penganalisis

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali enggan Selangor jatuh ke tangan Umno-Barisan Nasional (BN), disebabkan itu beliau bertegas supaya PAS perlu kekal dalam kerajaan negeri. Menurut penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, menteri besar itu sedar bahawa jika parti pembangkang berpecah di negeri itu, ianya akan memberi kelebihan …

Read More »

Azmin Cakap Tak Serupa Bikin – Khalid Ibrahim

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali menggunakan ‘isu moral’ selepas enggan meminta maaf berikutan tewas dalam kes menuntut kembali RM2.7 juta dari tujuh bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dilabelkan seperti ‘cakap tidak serupa bikin’. Mantan Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan Azmin yang …

Read More »

Dewan Kecoh, Duit Khairat Kematian “Lewat Dibayar Hingga Setahun”

Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara wakil pembangkang dan kerajaan negeri berhubung pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang disifatkan pembangkang mempunyai kelemahan dalam prosedur. Ketika membangkitkan isu itu, Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata terdapat waris penerima yang langsung tidak menerima …

Read More »

Isu Jirat Cina: MB Tolonglah Buka Mata

“Penduduk cukup kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang jelas masih berdolak dalih dalam isu bantahan jirat cina,” demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Puncak Alam Zon 7, Mohd Razib Mohd Talib. Menurutnya, pihaknya cukup kecewa dengan kenyataan kerajaan negeri seolah-olah memandang sepi isu bantahan ini dan menuding jari menyalahkan …

Read More »