A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Bukti proksi Azmin dalam skandal tanah diserah SPRM

Bukti proksi Azmin dalam skandal tanah diserah SPRM

26 OGOS: Seperti dijanjikan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyerahkan bukti membabitkan proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berhubung isu penukaran status tanah Lot 68504 Paya Indah Wetlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Badrul Hisham 4Proksi berkenaan menurut Badrul Hisham atau che’GuBard adalah Ketua Cabang PKR Gombak, Zainol Abidin yang dilantik sebagai Pengarah Projek kepada pemaju tanah berkenaan yang meletakkan namanya sebagai Ketua AMK Gombak walhal sebenarnya Azmin merupakan Ketua Cabang disitu.

“Dia menamakan dirinya sebagai pengarah projek, persoalan projek ini membeli tanah sahaja dekat RM800 juta, projek itu nilainya dekat RM1.2 bilion, berapa komisyen dan bertukar tangan?

“Dia harus tampil nak jelaskan ke tidak saya rasa terpulang pada dia, yang penting SPRM kena bertindak ke atas apa yang berlaku,” kata che’GuBard yang hadir ke SPRM Putrajaya kira-kira jam 3.40 petang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebelum menyerahkan semua laporan dan dokumen berhubung skandal penukaran status tanah di Paya Indah Wetlands yang melibatkan kerajaan negeri Selangor kepada SPRM hari ini.

Apa yang menjadi persoalan kepada che’GuBard adalah bagaimana Zainol boleh mendapat semua nombor Exco Negeri Selangor melainkan beliau menggunakan hubungan baiknya dengan Azmin.

Malah, bagaimana pula agenda Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 17 Febuari tahun lalu boleh diketahui oleh Zainol.

Badrul Hisham 2“Semua exco dapat mesej ini, dan maknanya dia hantar kepada semua exco dan keputusan ini dibuat dalam keadaan sedar ada proksi yang dia Ketua AMK Gombak Ketua PKR Cabang Gombak,” katanya.

Justeru, semua bukti telah diserahkan kepada SPRM hari ini manakala 80% bukti dan dokumen yang diserahkan itu dimuatkan di dalam sebuah ‘booklet’ #skandalAzmin68054 untuk didedahkan kepada semua penjawat awam Selangor dan rakyat negeri itu.

“Kita akan hantar semua bukti kepada SPRM, termasuk akan dedahkan whistleblower kepada SPRM, kita percaya SPRM akan bertindak profesional dan menggunakan segala ruang untuk melindungi whistleblower kita,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *