A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Budiman, Mastura sudah bersedia janji aktif berdebat

Budiman, Mastura sudah bersedia janji aktif berdebat

27 JUN : Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mengakui tidak mempunyai banyak masalah, malah sudah bersedia untuk bersama-sama dengan ahli parlimen lain pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang yang dijangka pada 17 Oktober depan.

Bagi Budiman, adalah menjadi harapan pengundi di Sungai Besar yang menyokongnya sebelum ini dan mahu melihat beliau bergerak aktif serta mengambil bahagian sebaiknya pada setiap sesi persidangan Dewan Rakyat.

WhatsApp-Image-20160627 (3)“Sebab itu kita diberikan taklimat supaya kita lebih bersedia dalam persidangan akan datang. Kita juga akan dibantu oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan saya fikir tidak ada masalah besarlah dalam membantu perjalanan dewan.

“Menjadi harapan dan cita-cita pengundi yang mengundi di kedua-dua kawasan ini mahu kami menjadi ahli parlimen yang aktif dalam perdebatan dan sesi parlimen akan datang,” kata Budiman.

Sementara itu bagi Mastura meskipun kurang berpengalaman berbanding Budiman selaku ‘YB” (Yang Berhormat), beliau berjanji cuba menjalankan tugas dengan sebaik mungkin seperti yang diharapkan oleh pengundi yang mengundinya.

WhatsApp-Image-20160627 (4)“Saya rasa banyak penyelidikan yang harus dibuat merangkumi sehingga ke peringkat antarabangsa, saya akan melihat bagaimana perjalanan di Dewan Rakyat dan insya Allah saya akan mengambil bahagian secara aktif di masa dan ketika yang sesuai,” katanya.

Terdahulu Budiman dan Mastura mendengar taklimat mengenai aturan dan urusan mesyuarat sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen.

Taklimat disampaikan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah.

Kedua-dua ahli parlimen itu turut diberikan buku aturan mesyuarat yang wajib difahami oleh setiap ahli parlimen bagi melancarkan persidangan termasuk peraturan baru yang diperkenalkan pada sidang lalu.

Mereka juga berkesempatan bertemu dengan Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi mengadakan kunjungan ke pejabat Rosmee.

Dalam taklimat tersebut, Rosmee turut memberi penerangan mengenai Majlis Angkat Sumpah, aturan perbahasan sesi soal jawab lisan dan bertulis serta sidang khas.

Taklimat itu adalah persediaan buat mereka sebagai ahli parlimen baru selepas Majlis angkat Sumpah pada 17 Oktober ini.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *