A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Buat Apa Bincang Jika Berniat Jatuhkan PAS

Buat Apa Bincang Jika Berniat Jatuhkan PAS

PAS akan menilai semangat perjuangan pakatan pembangkang terutama PKR dalam membantu mengekalkan kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan parti Islam itu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kerjasama di Selangor.

Pesuruhjaya PAS, Selangor, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata perbincangan tidak perlu diteruskan dengan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali jika mereka masih berniat untuk menjatuhkan PAS di tempat lain.

“Kita tak nak masuk campur dalam keputusan PKR sama ada itu keputusan PKR atau Pakatan Harapan, cuma dari segi perbincangan, kita di pihak PAS boleh dengar, tapi PAS tak akan terikut dengan keputusan yang dibuat.

“Kita akan serahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat segala keputusan, kalau kita bersedia untuk pastikan kerajaan Selangor, tapi mereka nak jatuhkan PAS, tak guna juga kan,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR Selangor untuk meneruskan rundingan dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar dilaporkan berkata perbincangan PKR dengan PAS di Selangor terus diusahakan Azmin, namun menegaskan bahawa komitmen parti itu kepada PH tidak harus dipersoalkan.

Tegas Sallehen yang juga ADUN Sabak, PAS konsisten dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang turut disertai DAP dan PAN.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *