A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Ekonomi / BNM miliki rizab antarabangsa RM383.2b

BNM miliki rizab antarabangsa RM383.2b

22 JUN : Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan rizab anarabangsa mereka sehingga 15 Jun 2016 adalah berjumlah RM383.2 bilion (bersamaan AS$97.4 bilion).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, BNM mengatakan rizab tersebut terdiri daripada beberapa komponen yang mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Bank Negara Malaysia“Paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM.

Bank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89.6 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$800 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion); emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.4 bilion).

Aset itu termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM1.42 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.39 bilion); dan aset lain (RM11.70 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM102.68 bilion); mata wang dalam edaran (RM90.38 bilion) dan deposit oleh institusi kewangan (RM154.05 bilion).

Selain itu, deposit Kerajaan Persekutuan (RM16.41 bilion); deposit lain-lain (RM732.14 juta); kertas BNM (RM15.10 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas (RM7.37 bilion); dan liabiliti lain (RM21.20 bilion).

About RJ

Check Also

Kerajaan Pusat Tidak Abai Pesawah Di Sungai Besar

Pengusaha sawah di kawasan Parlimen Sungai Besar dinasihatkan tidak termakan hasutan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *