A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / BN Sudah Kini PAS Pula Hantar 6 Nama Untuk Diteliti, Amanah Bila Lagi?

BN Sudah Kini PAS Pula Hantar 6 Nama Untuk Diteliti, Amanah Bila Lagi?

Menjelang proses penamaan calon 5 Jun depan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS mengumumkan bahawa parti itu sudah menyenarai pendek enam nama untuk calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi terbabit.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, senarai tersebut telah diserahkan kepada Dewan Ulama untuk ditapis sebelum diputuskan PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah“Setakat ini ada tiga nama untuk Kuala Kangsar dan tiga nama untuk Sungai Besar. Latar belakang calon campur-campur, (tapi) semuanya orang tempatan.

“Usianya lebih kurang 40 hingga 60 tahun dan masih muda,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 Peringkat Negeri Kelantan 2016 di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan meminta parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kedua-dua PRK itu dan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

“Keputusan kita setakat ini kita akan bertanding untuk kedua-duanya. Sebab asasnya adalah yang pertama kawasan itu merupakan kawasan yang kita memang telah bertanding selama ini dan kita ada akar umbi yang kuat.

“(Selain itu) kita nak minta parti lain menghormati (keputusan PAS) sebab ini kawasan tradisi dan kita ni dalam kerjasama kita dalam parti-parti pembangkang (sebelum) ini kita banyak bertolak ansur…dengan DAP dulu, dengan PKR jadi kita nak minta supaya parti lain pun bertolak ansur dengan kita,” katanya.

About RJ

Check Also

Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah bermula hari ini – Najib #scs93 #prksgbesar

10 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *