A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / BN, PAS Bakal Terima Padah Saingan 3 Penjuru PRU14

BN, PAS Bakal Terima Padah Saingan 3 Penjuru PRU14

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendakwa pertarungan 3 penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memberi kesan buruk kepada BN, dengan PAS bakal mengalami nasib paling buruk.

Ahli Parlimen Kluang berkata, pengundi-pengundi yang menyokong Umno pada pilihan raya umum lalu kini beralih kepada PH kerana tidak bersetuju dengan parti itu dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Ada juga yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu beralih kepada PH kerana tidak bersetuju dengan idea PAS bekerjasama dengan Umno apabila pemimpinnya Najib dibebani dengan skandal terburuk negara,” kata beliau merujuk kepada isu 1MDB.

Beliau juga memetik faktor ekonomi seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang susut dan pemansuhan subsidi memberi kesan kepada rakyat Malaysia dalam pilihan mereka di peti undi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas ucapannya pada bengkel pilihan raya DAP Johor di Batu Pahat hari ini, Chin Tong berkata, tanggapan bahawa persaingan 3 penjuru akan memberi manfaat kepada Umno dan BN hanya 1 tanggapan semata-mata.

Beliau berkata persaingan sedemikian akan memberi manfaat kepada BN dan PAS sekiranya PH lemah dan tidak ada sasaran.

“Tetapi PH adalah kerajaan alternatif yang kuat dan menarik bagi mereka yang menentang pemerintahan kleptokrat Najib dan mereka yang ingin melihat permulaan baharu untuk Malaysia.

“Kedua-dua Umno dan PAS hanya akan ditinggalkan dengan penyokong mereka yang paling tegar, manakala yang lain beralih kepada PH.”

Beliau berkata PH perlu memberi penerangan kepada pengundi untuk membezakannya daripada Umno yang diketuai Najib dan PAS.

Beliau berkata adalah perlu untuk menjelaskan bahawa mengundi PAS akan menjadi undi bagi Najib.

“Malah penyokong PAS dapat disedarkan yang pemimpin mereka yang tercinta sekarang bersekongkol dengan Najib untuk melakukan lebih banyak kerosakan kepada negara,” katanya.

Chin Tong juga berkata Najib dan isu 1MDB telah menyebabkan perpecahan dalam Umno, dengan mengakibatkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Kabinet pada Julai 2015. Ia akan memberi kesan kepada pengundi.

Muhyiddin kemudiannya membantu membentuk PPBM manakala Shafie menubuhkan Parti Warisan Sabah untuk mencabar BN.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *