A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / BN diyakini tidak alami tekanan

BN diyakini tidak alami tekanan

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sedikit pun mengalami tekanan walaupun ketika ini sedang hangat berlangsung kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Kenyataan Perdana Menteri itu memberi isyarat jelas kepada pembangkang agar melupakan sahaja hasrat mereka untuk merampas teraju kepimpinan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

KUCHING 27 APRIL 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampug Desa Wira, Kuching. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Najib hadir sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampug Desa Wira, Kuching. Foto NSTP

“Bila berada di Batu Kawa ini, saya rasa seperti bukan musim pilihan raya disebabkan sokongan kuat kepada BN. Selaku ‘Apai Besai Malaysia’ saya bukan sekadar datang, bukan seperti wakil rakyat pembangkang (DAP) yang datang tengok sahaja pengundinya.

“Saya datang bawa peruntukan besar kepada rakyat Sarawak, …tidak seperti program ‘Impian Sarawak’ buat jalan 100 ela cakap dalam media sosial bina satu kilometer. Mana ada impian jika wang pun (bawa peruntukan) mereka tidak ada,” katanya dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Balai Raya Taman Desa Wira, Batu Kawa, malam Rabu.

Sebelum memulakan ucapan, Najib dihiburkan dengan persembahan ‘live band’ menerusi lagu kegemarannya, Berkikis Bulu Betis, yang diubahsuai lirik bagi membantu kempen BN di kawasan itu.

Yang turut hadir Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa, Datuk Dr Sim Kui Hian.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *