Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Bila terkena batang hidung sendiri…

Bila terkena batang hidung sendiri…

AGAK melucukan melihat beberapa ahli Parlimen pakatan pembangkang terjerit-jerit di dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, kelmarin membangkitkan isu harga pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa lebih rendah daripada harga pasaran.

Penulis tidak berhasrat untuk mengulas isu pembelian itu, biarlah pihak-pihak berkenaan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apakah ada kesalahan yang dilakukan.

Tetapi apa yang menarik perhatian ialah bagaimana ahli-ahli Parlimen DAP ketika bangun mencelah mempersoalkan tindakan Shabudin. Mereka menyifatkan pendedahan itu tidak berasas, membuang masa dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Mereka juga mempersoalkan kenapakah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu membangkitkan isu berkenaan ketika Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan tidak ada di dewan. Inilah sikap pembangkang bila terkena ‘batang hidung sendiri’ mulalah kelam-kabut.

Seperti mana dikatakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, apa yang dilakukan oleh Shabudin pernah berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo apabila isu sama dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) walaupun SPRM baru memulakan siasatan.

Persoalannya, adakah ketika itu pembangkang memikirkan soal membuang masa DUN Selangor? Adakah mereka mempertimbangkan dakwaan itu berasas atau tidak? Sudah pasti tidak!

Sebenarnya pembangkang adalah kelompok yang pa­ling tidak layak bercakap soal membuang masa. Ini kerana merekalah paling banyak berbuat demikian apabila mempolitikkan segala-galanya.

Pembangkang juga bertanggungjawab membuang masa rakyat dengan mengajak mereka turun ke jalanan menghadiri perhimpunan haram Bersih. Itu belum lagi mengambil kira majlis ceramah yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Begitu juga dalam soal dakwaan tidak berasas. Sejak bila pembangkang begitu bijak mempertimbangkan perkara itu? Kalau difikirkan melemparkan fitnah dan tohmahan serta membentangkan fakta tidak tepat adalah ‘makanan’ mereka.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh ‘ayam sabung’ pembangkang iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Beliau sering sahaja melemparkan tuduhan terhadap pemimpin dan agensi kerajaan. Terbaharu Tabung Haji menjadi sasaran beliau. Kenapakah tiada pemimpin pembangkang menasihatkan beliau supaya tidak membuang masa dengan membuat tuduhan tidak berasas?

Oleh itu dalam kes dakwaan terhadap Guan Eng, tidak payahlah pembangkang hendak bersikap seperti ‘ketam mahu mengajar anak berjalan betul’ dan tidak perlu berperangai seperti ‘ayam jantan berkokok kuat, tapi ekor bergelumang najis’.

Jika benar mereka berpegang kepada prinsip ketelusan dan berjuang menegakkan kebenaran serta mahu membongkar penyelewengan, mereka juga perlu menerima pendedahan Shabudin dengan hati terbuka.

Ini memandangkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu hanya bertanya dan meminta SPRM menyiasat kebenaran dakwaan tersebut. Pembangkang khususnya pemimpin-pemimpin DAP tidak harus ‘teruja sangat’ hendak membela Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu.

Mereka sepatutnya membiarkan dakwaan itu disiasat oleh SPRM. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika mereka yakin ‘bos’ mereka tidak melakukan kesalahan. Kalau sebelum ini jika ada kes melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang begitu ghairah meminta siasatan dijalankan, kenapa desakan tidak boleh dilakukan apabila melibatkan pemimpin mereka?

Pembangkang sepatutnya tidak harus bersikap hipokrit dan berat sebelah dalam berhadapan dengan sesuatu isu tetapi biasalah pembangkang, mereka acap kali ‘menuding kain orang lain terkoyak sedangkan kain sendiri sudah terlondeh.’

Zul Bakar
Utusan

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *