A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Dari Blog Pilihan / Beruntungnya DAP bila PAN jadi benteng mempertahanya

Beruntungnya DAP bila PAN jadi benteng mempertahanya

PAN tidak lagi berselindung yang mereka sebenarnya ‘dijadikan’ hanya untuk mempertahankan DAP daripada diserang oleh UMNO dan kini PAS. Walaupun pada masa yang sama, PAN memperlekehkan Melayu-Melayu didalam UMNO dan PAS namun alasan yang diberikan oleh PAN ialah, UMNO dan PAS menjadikan DAP sebagai kambing hitam untuk memenangi hati orang Melayu bagi menghadapi PRU akan datang.

Menggambarkan PAN sebagai sebuah parti yang tidak RASIS kerana membela DAP yang dianggap sebagai pejuang anti-rasis, PAN berikrar dan mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan DAP daripada serangan UMNO dan PAS. DAP dikatakan menjadi sasaran mudah untuk UMNO dan PAS yang menyebabkan PAN perlu mengambilalih tanggungjawab sebagai perisai.
“Itu adalah satu cara untuk mereka menang pada PRU akan datang. Kita perlu menyebarkan fakta bahawa DAP bukanlah musuh kita,” kata seorang delegasi PAN dari Selangor, Jamzuri Ardani dalam konvensyen PAN yang diadakan di Shah Alam.
Menurutnya lagi, PAN akan menangkis sebarang isu yang dibangkitkan oleh PAS dan UMNO ke atas DAP.
“Kita akan ke akar umbi dan menghapuskan semua sentimen perkauman yang diwujudkan oleh UMNO. Kita akan bertindak berdasarkan fakta dan kebenaran.”
Sayang betul nampaknya PAN dengan DAP!
Mempertahankan DAP kononnya untuk menentang rasis tetapi menyerang UMNO dan PAS tidak pula rasis… semuanya hanya kerana PAN makan dedak DAP!!!
– theflyingkick.blogspot.my

About RJ

Check Also

VIDEO : MAHATHIR DIKUTUK SEMASA HADIR DI KONVENSYEN REFORMIS !

Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *