Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Berbilion ringgit dijimatkan menerusi NBOS

Berbilion ringgit dijimatkan menerusi NBOS

16 OGOS : Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula bangunan sedia ada yang kurang dimanfaatkan pada kos serendah mungkin, katanya.

“Kerajaan menyediakan perkhidmatan baharu dan perlu untuk rakyat, dan menjimatkan wang. Malah, dengan tidak membina dari mula, kita menyelamatkan RM100 juta bagi setiap UTC,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

UTC ialah pusat sehenti yang dibuka di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari 8 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata 35.3 juta pengunjung memanfaatkan  UTC antara Jun 2012 dan Julai 2016.

Selain UTC, beliau berkata penugasan semula kira-kira 7,400 anggota polis  di barisan hadapan keselamatan negara daripada tugasan di pejabat, turut menjimatkan sebahagian besar wang kerajaan.

“Menerusi penugasan semula, dan tidak mengambil anggota baharu, latihan dan membayar gaji pegawai baharu, kerajaan menyelamatkan RM1.3 bilion.

“Jika tidak, kerajaan perlu berbelanja, manakala tugasan pejabat diisi oleh  penjawat awam dari jabatan lain, yang memerlukan penyelarasan dilakukan,” katanya.

Najib juga berkata latihan bersama dan kerjasama antara polis dan angkatan tentera menerusi inisiatif NBOS, memberi manfaat besar terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan, dengan tidak perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baharu.

“Hakikatnya, kita nampak prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi impak yang tinggi pada kos rendah dan pelaksanaan tindakan yang pantas,” katanya. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *