A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Berbeza matlamat sukarkan pembangkang bersatu

Berbeza matlamat sukarkan pembangkang bersatu

13 SEPT : Melihat kepada senario politik pembangkang dengan menghampiri Pilihan Raya Umum (PRU14), mereka dilihat lebih jauh untuk bersatu berikutan matlamat setiap pemimpin parti mereka berbeza satu sama lain.

picsart_09-13-05-03-20Mengakui ideologi sama iaitu mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN), namun bagi Penganalisis Politik, Profesor Dr Fuad Mat Jali ia masih tidak mampu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), apatah lagi akan berlaku pergeseran besar dalam menentukan kerusi untuk ditandingi.

“Sejarah penubuhan setiap parti pembangkang adalah kerana marah dengan dengan pucuk pimpinan terdahulu. Kecewa apabila tidak perjuangkan sesuatu yang mereka nak perjuangkan. Keluar daripada parti jadi parti serpihan, berlaku kepada PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Parti baru diwakili pemimpin yang namanya besar, namun mempunyai tujuan dan matlamat berbeza, mungkin mereka mahukan kuasa, mereka masing-masing nak perjuangkan hak mereka dan yakin ada penyokong.

“Namun bila digabungkan dengan semua parti pembangkang akan timbul masalah, DAP terutamanya dimana matlamat dia tak akan sama dengan parti lain,” kata Prof. Dr Fuad.

Mengulas lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi pada PRU14 nanti, Prof Dr Fuad berkata pembangkang akan mengalami masalah kerana masing-masing mahu rebut kerusi majoriti Melayu.

Ini kerana tiga daripada parti pembangkang adalah untuk Melayu iaitu PKR, PAS, PAN dan terbaru kehadiran PPBM akan menambahkan lagi kesukaran mereka bersepakat.

“Yang rumit bila mereka hanya nak merebut kerusi orang Melayu. Percaturan menentukan kerusi bagi pengundi Melayu sukar. Sebab apa sukar? Sebab semua nak kawasan Melayu.

“PPBM parti baru nak ambil kawasan siapa? Dimana nak bertanding? PAN pun sama, maka kekecohan ini akan berlaku dan tak mustahil akan berlaku tiga penjuru bila semua tak nak mengalah.

“Dan saya yakin yang akan menjadi mangsa adalah PAN kerana masalah jentera mereka yang bergantung kuat kepada DAP, siapa nak sokong siapa pula nanti?,” jelasnya.

Sudah tentu BN tidak perlu risau dengan semua perkara ini kerana kira-kira mudah, mereka akan menang dengan mudah dan mengekalkan pemerintahannya akibat daripada tiada persepakatan di kalangan pembangkang.

Dan perkara itulah yang sering dirisaukan dan disuarakan dengan lantang oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

Bagaimanapun, menurut Prof Dr Fuad, di kalangan pembangkang, PAS dilihat mempunyai kelasnya tersendiri kerana lebih berpengaruh dengan parti pembangkang lain mahu PAS sertai mereka.

“PAS memainkan peranan yang penting, PKR nak PAS masuk dalam pakatan mereka kerana mereka tidak mahu PAS bertanding dengan PKR di satu kerusi, PKR masih nak berbaik dengan PAS dan di Selangor PKR dan PAS berbaik-baik walaupun DAP tidak suka.

“Disebabkan itu juga Dr Mahathir mahu PAS bersama pakatan pembangkang kerana mereka mahu ada sokongan yang kuat sebab itu mereka mengharapkan PAS,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *