A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / BERAPA RAMAI ORANG DI MALAYSIA YANG SANGGUP MENJUAL KERETA MEREKA?

BERAPA RAMAI ORANG DI MALAYSIA YANG SANGGUP MENJUAL KERETA MEREKA?

“Satu perbandingan terhadap kelebihan pengguna kereta di Malaysia berbanding Singapura”

Kereta untuk dijual

Banyak yang telah diperkatakan mengenai harga kereta di Singapura vs Malaysia tetapi adakah kita benar-benar memahami perbezaan tersebut?

Di Singapura, antara kereta yang paling murah ialah Perodua Axia 1.0 Advance (AT) yang dijual pada SGD$75,888 (RM234k) berbanding RM41,967 di Malaysia.

Bank Singapura memerlukan anda untuk membayar 50% deposit dan baki pinjaman dibayar dalam tempoh 5 tahun. Maksudnya SGD38k (RM117k) wang pendahuluan dan ansuran bulanan sebanyak SGD728 (RM2,248) serta setiap bulan (kadar faedah 3%).

Di Malaysia, anda masih boleh melakukan bayaran pendahuluan 10% (RM4198) dan membayar ansuran RM476 sebulan (4%) serta tempoh bayar balik sehingga 9 tahun.

Cukai jalan tahunan untuk kereta tersebut di Singapura akan menjadi SGD392 (RM1,210) setahun berbanding RM20 setiap tahun di Malaysia.

Untuk kereta yang berusia lebih 10 tahun, Singapura memperkenalkan surcaj.

Oleh itu, Proton Wira 1.5L tahun 2001 anda akan memerlukan cukai jalan tahunan SGD1,000 (RM3,090) bagi setiap orang berbanding RM90 setiap tahun di Malaysia.

Kos insurans juga kira-kira 600% lebih tinggi dalam nilai ringgit di Singapura.

RON95 Singapura kini pada SGD2.04 (RM6.30) seliter berbanding RM1.90 seliter di Malaysia.

Jadi, satu tangki penuh 40L petrol akan menelan belanja SGD81.60 (RM252) berbanding RM76 di Malaysia.

Ini tidak termasuk kesemua tol ERP dan caj letak kereta yang lebih tinggi di Singapura berbanding di Malaysia.

Tidak syak lagi bahawa sama ada pada dolar untuk setiap dolar atau dalam Ringgit, kos pemilikan kereta di Singapura adalah sangat tinggi. Tidak ramai rakyat Singapura memiliki kereta disebabkan perkara ini dan kerana pengangkutan awam yang sangat baik.

Manakala kos pemilikan kereta – sama ada bahan api, cukai jalan, harga belian awal, insurans, kos penyenggaraan- di Malaysia masih dianggap sangat rendah pada peringkat kemasukan dan pasaran akhir rendah.

Inilah sebabnya mengapa Malaysia mempunyai peratusan isi rumah ke-3 tertinggi didunia dalam kategori memiliki kereta dan paling tinggi di dunia dalam kategori memiliki lebih daripada satu kereta.

Jika anda pergi ke mana-mana kawasan perumahan rumah teres, anda boleh melihat bahawa masalah nombor satu mereka adalah kekurangan ruang letak kereta.

Ini bermakna: Anda boleh mengatakan bahawa rakyat Singapura tidak memerlukan kereta disebabkan keadaan pulau yang kecil dan mereka mempunyai pengangkutan awam yang sangat baik.

Ini bermakna di Singapura, anda akan menjadi kurang cenderung untuk memandu lewat malam sepertimana di Malaysia, contohnya dari PJ ke Klang hanya untuk bungkus atau tapau makan malam kegemaran anda atau memandu ke restoran mamak untuk bertemu rakan-rakan anda bagi menonton bola sepak lewat malam (MRT Singapura ditutup pada 12 tengah malam).

Anda juga akan kurang cenderung untuk memandu balik kampung dengan keluarga anda. Jika berlaku kecemasan pada lewat malam, untuk bergegas ke klinik 24 jam bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan juga merupakan cabaran yang besar.

Anda menang sesuatu dan anda kehilangan sesuatu. Memiliki sebuah kereta dan merasai kebebasan dan kemudahan bergerak adalah satu pengalaman hidup yang masih dihargai oleh ramai orang.

Walaupun pengangkutan awam di kawasan anda menjadi cemerlang sehingga memenuhi semua keperluan harian anda dan anda mempunyai Uber untuk hal lain, berapa ramai orang di Malaysia yang sanggup menjual kereta mereka atau melepaskan hak mereka untuk merasai pengalaman ini?

Sumber : http://antirepublik.blogspot.my/2016/12/how-many-people-in-malaysia-are-willing.html?m=1

Terjemahan oleh : KKMM

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *