Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Belum masuk gelanggang, dah kena tunjuk jalan keluar

Belum masuk gelanggang, dah kena tunjuk jalan keluar

19 OGOS : Keputusan PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang tentu satu tamparan hebat kepada beliau.

Ini sekali gus membayangkan parti-parti pembangkang tidak percaya kepada Muhyiddin yang dipecat daripada UMNO bulan lalu.

Malah, DAP terus membisu termasuk dalam soal sama ada mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PRIBUMI) yang didaftarkan Muhyiddin minggu lalu.

Jelas parti baru tersebut tidak dapat menyakinkan pemimpin PKR, PAS dan AMANAH dan DAP bahawa PRIBUMI dapat mengukuhkan atau membantu perjuangan pembangkang mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Apatah lagi, Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih fokus kepada menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding agenda pembangkang mahu menawan Putrajaya.

Mungkin Muhyiddin akan menjawab beliau tidak mengejar jawatan yang kini disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi Tun Mahathir yang sedang mencaturkan politik tanah air tentu berharap sedemikian.

Mantan Perdana Menteri itu sedar jika Ketua Pembangkang masih dipegang oleh pemimpin lain, hasrat beliau supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai perdana menteri tentu tidak kesampaian.

Hanya dengan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang sebelum PRU 14 dan pembangkang berjaya menumbangkan BN, barulah matlamat Tun Mahathir boleh tercapai.

Malangnya, pemimpin PKR, PAS, PAN dan DAP tentu sedar perkara ini.

Tidak mungkin mereka mahu menyerahkan jawatan penting negara kepada Muhyiddin atau Mukhriz sedangkan mereka sudah lama berjuang bagi tujuan itu.

Persoalan kini, ke mana arah PRIBUMI jika parti pembangkang lain hanya bersedia bekerjasama dengan syarat masing-masing terutama PKR yang mahu Muhyiddin menyokong agenda reformasi parti tersebut.

Barangkali, inilah yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti baharu Muhyiddin ini hanya menggali kubur sendiri.

Sepatutnya Tun Mahathir dan Muhyuddin cukup sedar sikap pembangkang yang hanya mementingkan diri sendiri sebelum bersedia bekerjasama dengan mereka.

Kasihan Muhyiddin, belum lagi masuk gelanggang, beliau sudah dimalukan.

Dan jika parti pembangkang terus menolak PRIBUMI, sudah tentu akan berlaku banyak pertembungan merebut kerusi pada pilihan raya akan datang dikalangan parti-parti pembangkang.

Peluang ini tentu akan dimanfaatkan BN bagi merampas semula majoriti kerusi parlimen.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *