Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

ISU pemilikan rumah dan kemudahan pinjaman peruma­han terus mencetuskan pelbagai polemik di negara ini. Ironinya isu ini bukanlah perkara baharu kerana secara umumnya kita ketahui betapa sukarnya pada hari ini untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana membeli sebuah rumah. Harga rumah yang melambung terlalu tinggi menyebabkan golongan ini sering berputih mata sehingga kebanyakan projek perumahan bukan lagi menjanjikan peluang mampu milik sebaliknya sekadar menjadi mampu lihat kepada golongan ini.

Rumah mampu milikBaru-baru ini isu pemilikan ru­mah yang dikaitkan dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan mula menarik perhatian apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengemukakan cadangan kemungkinan pihaknya akan mempertimbangkan syor supaya pemaju perumahan diberi lesen pinjaman wang bertujuan membantu pembeli yang ­me­nghadapi kesukaran mendapatkan ­pinjaman bank di sam­ping menolong ­me­reka yang hanya memperoleh pin­jaman 70 peratus sahaja daripada nilai keseluruhan harga kediaman yang hendak dibeli.

Tambahan pula langkah ini juga dikatakan dapat membantu pemaju yang sukar untuk menjual rumah berikutan pembeli menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank sehingga menyebabkan banyak projek perumahan terbengkalai.

Kabinet pula dalam reaksi segera meminta pihak kementerian mengkaji dan menambah baik polisi pemberi wang pinjaman bagi membantu rakyat membeli rumah. Kajian ini bakal meliputi aspek kadar faedah dan tempoh pembayaran balik supaya tidak membebankan rakyat.

Dalam pada itu, menurut Noh, polisi pemberian wang pinjaman itu sebenarnya sudah pun wujud di mana beberapa syarikat telah pun diberi lesen pemberi pinjaman wang untuk membiayai pinjaman berkenaan sebagai bayaran muka (deposit) pembelian rumah dan ia adalah seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).

Tidak dapat dinafikan di mana ada pihak yang mula menzahirkan rasa kebimbangan kerana dikhua­tiri ia disalah guna oleh pihak pemberi pinjaman yang kemudiannya membebankan lagi rakyat.

Antara yang lantang membantah keras cadangan ini adalah Per­satuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di mana CAP melihat cadangan ini hanya akan memberi manfaat kepada pemaju perumahan kerana bakal menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai dan tidak terjual.

Menurut CAP isu rumah terbengkalai dan tidak terjual berpunca daripada pihak pemaju itu sendiri yang menjual rumah dengan harga terlalu tinggi sehingga melangkaui kemampuan majoriti rakyat Malaysia.

Malah CAP juga mempersoalkan bukankah pemaju lebih berminat untuk membina rumah dan kondominium untuk orang kaya kerana margin keuntungan yang lebih tinggi, jadi salah siapa jika terdapat unit yang tidak terjual?

Secara prinsipnya penulis dan majoriti rakyat pasti akan bersetuju dengan pandangan CAP ini ­kerana hakikatnya masih ramai tidak memiliki kediaman sendiri. Jadi secara logiknya jika rumah dijual dengan harga yang lebih rendah dan mampu milik, pembeli hanya memerlukan pinjaman bank yang kecil dengan bayaran balik bulanan rendah dan mampu dibayar tanpa beban.

Dalam hal ini kita percaya bank juga akan lebih yakin untuk menyediakan lebih banyak peluang pembiayaan kepada pembeli. Dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan pihak bank yang mengenakan syarat ketat dalam memberikan pinjaman perumahan kerana mereka perlu memastikan peminjam mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan sehingga kesemua jumlah pinjaman dibayar semula oleh peminjam ter­masuk bersama dengan caj faedahnya.

Dalam pada itu, kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) juga menunjukkan isu pembiayaan akhir dan permohonan pinjaman yang ditolak sekali lagi dikenal pasti menjadi punca utama harta­nah di Malaysia tidak dapat dijual pada separuh pertama tahun ini. Prestasi jualan hartanah di negara ini pada enam bulan pertama 2016 mencatatkan rekod penurunan, apabila hanya 39 peratus unit kediaman yang dilancarkan dapat dijual, berbanding 52 peratus pada enam bukan terakhir 2015.

Kaji selidik itu juga mengetengahkan lima isu utama pem­biayaan yang dihadapi oleh pembeli iaitu, sejarah kredit yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau agensi laporan kredit CTOS, pendapatan pembeli yang tidak layak, margin pembiayaan lebih rendah, bank meminta lebih ba­nyak dokumen serta kuota terhad bagi perumahan kos rendah atau mampu milik.

Mengambil kira senario semasa serta pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan ini, penulis percaya bahawa kementerian juga mempunyai niat yang sama iaitu ingin membantu rakyat memiliki rumah justeru disyorkan adalah lebih wajar jika pihak kementerian dapat mengkaji secara menyeluruh cadangan ini dan tampil dengan inisiatif bagi memastikan lebih ramai rakyat kita mampu membeli rumah sendiri.

Hakikatnya isu perumahan adalah isu besar kepada rakyat dan adalah ke­perluan yang cukup penting dalam kehidupan setiap individu, justeru kita perlu melihat sejauh mana cadangan kementerian ini mampu menyelesaikan masalah pokok yang menjadi duri dalam daging kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah ­selama ini iaitu isu harga rumah yang terlalu mahal.

PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia.

– utusanonline

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *