A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Balai bomba : Azmin Kekal Premium Atau Bina Di Tempat Lain

Balai bomba : Azmin Kekal Premium Atau Bina Di Tempat Lain

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari lokasi lain jika mahu meneruskan hasrat membina dua balai bomba dan penyelamat di negeri ini. 

Walaupun ramai pihak membidas kerajaan negeri mengenakan caj premium tanah yang tinggi kepada KPKT untuk pembinaan balai bomba di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra, Azmin bagaimanapun memberikan alasan bahawa tanah Kerajaan Persekutuan masih lagi banyak di negeri ini untuk dibangunkan dengan projek itu.

“Kerajaan Persekutuan masih ada rizab tanah lain, mereka boleh bina balai bomba jika mereka mahu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Azmin mengulangi pendirian tidak akan memberikan pengecualian kadar premium tanah nominal kepada KPKT untuk pembinaan balai bomba itu walaupun ia atas dasar kepentingan rakyat khususnya kepada 100,000 penduduk di Setia Alam.

Sebaliknya kadar premium tanah nominal itu katanya hanya diberikan untuk pembinaan hospital dan sekolah sahaja.

Bulan lalu, Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar menyatakan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri PKR yang tidak menyulitkan usaha membina dua balai bomba dan penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra apabila mengenakan kadar premium yang tinggi masing-masing RM4.6 juta dan RM2.4 juta.

Menurut Noh, kadar premium itu melebihi daripada kos pembinaan balai bomba dan penyelamat di Setia Alam dan menyamai kos pembinaan di Bukit Rahman Putra.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *