A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Eksklusif / #BAJET2017 V.15 : SOSIAL DAN KEBAJIKAN – PEMBANGUNAN WANITA

#BAJET2017 V.15 : SOSIAL DAN KEBAJIKAN – PEMBANGUNAN WANITA

Peranan golongan wanita sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi negara turut diberikan perhatian apabila sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi program pemerkasaan wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita antaranya Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), IkeuNita dan Women Career Comeback.

Selain itu, aspek kesihatan turut dititikberatkan apabila RM30 juta diperuntukkan kepada kaum wanita untuk menjalani pemeriksaan mamogram dan suntikan imunisasi HPV secara percuma untuk mencegah kanser serviks. – Bernama

Sebagai sokongan kepada wanita berkerjaya yang masih menyusukan anak, Kerajaan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga seribu ringgit, bagi pembelian peralatan penyusuan ibu yang diberi setiap 2 tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017.

Inisiatif lain termasuk pelepasan cukai RM1,000 yang akan diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur enam tahun ke bawah ke taman asuhan dan prasekolah yang berdaftar menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan pengasuhan yang diperoleh adalah berkualiti dan selamat.

About RJ

Check Also

PROGRAM I-KIT DAN I-KEUNITA – AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN TERLAKSANA

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk memperkasakan wanita dari segi ekonomi dan membangunkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *