A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga nakhoda yang bakal tenggelam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, rakyat boleh menilai bagaimana sebuah pakatan mampu bergerak apabila setiap pemimpinnya mempunyai haluan berbeza tanpa adanya pemimpin utama.

“Lazim hukum akal, kapal yang ada tiga nakhoda akan terumbang ambing kerana ada yang mahu ke kanan dan ke kiri, akhirnya kapal akan tenggelam. Pakatan tiga nakhoda akan tenggelam di lautan politik.

“Kita bukan mahu mempertikaikan soal dalaman mereka, tetapi mahu rakyat analisis jika hala tuju berbeza ke mana haluan mereka. Lihat rekod kejayaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membela rakyat hasil konsep perkongsian kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Johor, Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta 800 anggota perwakilan bahagian.

Pada Jumaat, Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Umum, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai Presiden.

Tambah Zahid, Tsunami Melayu yang dicanang pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 hanyalah satu perang psikologi semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Mereka mengajak orang Melayu wujudkan satu gelombang sokongan kepada mereka walapun tahu sokongan kepada mereka adalah pada tahap minimum.

“Pilihan raya bukan berasaskan kajian tetapi kerja sebenar parti, justeru kita harus memenangi minda dan hati pengundi,” kata Naib Presiden UMNO itu

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *