A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Bagaimana MINORITI menewaskan MAJORITI

Bagaimana MINORITI menewaskan MAJORITI

APABILA golongan majoriti berpecah-belah, ia akan mudah dieksploitasi dan ditundukkan oleh golongan minoriti yang bersatu-padu.

Kita ketahui pada masa ini di Malaysia, kaum Melayu yang majoriti telah berpecah-belah kepada UMNO, PAS, PKR, PAN dan PPBM, sementara kaum Cina bersatu-padu di bawah DAP dengan menewaskan MCA. Kaum India pula dilihat menyebelahi pakatan pembangkang dengan menyertai PKR dan DAP menolak MIC, sehingga parti kaum India itu tumbang dalam pilihanraya yang lepas.

Adalah sesuatu yang tak masuk akal bagaimana sebuah parti sekular, yang dikuasai oleh orang-orang kafir, yang terpalit dengan imej anti-Islam, boleh berpakat dengan sebuah parti yang mendakwa membawa dasar islam dan menjaga kepentingan kaum melayu islam untuk menentang sebuah parti pemerintah yang diterajui oleh orang-orang Islam. Tetapi itulah yang telah terjadi.

Bagaimana hubungan yang kompleks ini terjadi?

Ia adalah sangat unik, berbelit-belit, susah dihuraikan.

Dengan serangan dan dakwaan berulang-ulang setiap hari pembangkang melalui media internet dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter, blog, whatsapp, telegram dan sebagainya, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya diberi persepsi umum sebagai parti korup, menyeleweng, tidak amanah dan rosak. Untuk memudahkan cerita, anggaplah apa yang dituduh oleh pembangkang ke atas kerajaan itu benar, bahawa kerajaan rasuah, menindas rakyat, menyeleweng wang negara dan sebagainya. Kebencian orang-orang Melayu ke atas Barisan Nasional yang diketuai UMNO ini telah menjadikan mereka emosional, marah dan tidak dapat duduk bertenang merenung apa musibah semua ini.

PAN yang mendakwa dasar-dasarnya Islam partinya dan PPBM menjaga kepentingan kaum melayu telah berpakat dengan DAP yang sekular, dengan DAP tetap menolak dasar-dasar Islam seperti RUU355. Sementara PKR sebuah parti sekular telah menjadi jambatan kepada kedua-dua parti berbeza ideologi ini.

Ringkasnya perkongsian ini atas dasar PAN, PKR dan PPBM memerlukan sokongan undi kaum Cina untuk melawan UMNO/BN, begitu juga DAP memerlukan undi kaum Melayu untuk melawan MCA.

Jika mahu diumpamakan, DAP sebenarnya seekor anjing lapar yang bebas berkeliaran tanpa boleh dikawal, yang selalu menyalak apabila kepentingannya tergugat. Tapi DAP tidak akan tergugat, malah terus mendapat kepercayaan kaum Cina, dan disokong pula oleh kaum Melayu dengan menumpang pengaruh PAN, PKR dan PPBM.

picsart_12-22-06-43-34Dalam keadaan ini, yang mendapat faedah dalam kerjasama ini adalah DAP kerana terus mendapat sokongan undi kaum Melayu.

Mari kita fikirkan sejenak. DAP yang mengetahui mereka menguasai undi kaum Cina telah memperguna kelebihan ini untuk memperjuang kepentingan kaum cina, khasnya bukan bumiputera. Dalam kalangan parti pembangkang, walaupun DAP memiliki bilangan kerusi yang sedikit, mereka begitu angkuh kerana kaum Cina bersatu-padu di bawah mereka. Pakatan Harapan tidak mungkin akan dapat memerintah tanpa mereka. Sehingga tidak mungkin mereka diperkecilkan dalam Pakatan Harapan.

Seterusnya Pakatan Harapan ini bersatu-padu menentang kerajaan, walaupun dasar-dasar mereka berbeza, sehingga tidak mustahil mereka boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai isu-isu yang dibangkitkan.

picsart_12-22-06-14-05Apabila diterangkan kepada penyokong-penyokong Pakatan Harapan bahawa DAP adalah berbahaya dan boleh menguasai negara ini, maka pemimpin-pemimpin mereka akan menjawab dengan mempersoalkan bagaimana DAP akan menguasai Pakatan Rakyat sekiranya kerusi parlimen yang mereka tandingi hanyalah sekitar 50, berbanding PAS 73 kerusi, dan PKR 99 kerusi.

Kelemahan orang-orang UMNO dalam isu ini ialah mereka kelu lidah tidak dapat menjawab persoalan ini. Ya, tidak logik untuk DAP berkuasa jika mereka hanya memiliki lebih kurang 50 buah kerusi parlimen, itu pun jika mereka menang semua kerusi. Tetapi adalah tidak mustahil DAP akan memenangi 90% kerusi parlimen yang ditandingi mereka berdasarkan kepintaran mereka menyatukan kaum Cina dan mengeksploitasi kaum Melayu dengan pertolongan PKR, PAN dan PPBM.

Memang DAP tidak mungkin dapat meletakkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dengan jumlah 50 buah kerusi.

Kita andaikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, apakah kemungkinan yang akan terjadi. Sudah tentu PKR, PAN, PPBM dan DAP akan bergaduh sesama sendiri. Bersatu sebelum menang adalah mudah, tetapi untuk memerintah bersama adalah mustahil. Mereka boleh bercinta, tetapi tidak mungkin boleh berkahwin kerana perbezaan ideologi.

DAP telah berjaya mengeksploitasi semaksimumnya perpaduan kaum Cina walaupun mereka minoriti untuk menentukan masa depan kaum mereka dan negara ini.

Hakikat ini dapat kita lihat selepas PRU12 apabila Pakatan Rakyat mengusai negeri Perak. Mereka mengambil kesempatan yang walaupun Menteri Besar ketika itu melayu islam. DAP mengutamakan kaum Cina dahulu dengan memberi pajakan tanah selama 999 tahun! Tak pernah terjadi sebelum ini.

Mereka boleh bila-bila masa mengancam untuk keluar daripada Pakatan Harapan jika sebarang tuntutan untuk kepentingan kaum mereka tidak dipedulikan, tanpa perlu menjadi Perdana Menteri Malaysia ataupun Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jika mereka keluar maka kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang. Maka mahu tidak mahu, kerajaan yang terbentuk nanti akan tunduk kepada DAP.

Di situlah kebijaksanaan mereka untuk mencatur dan menguasai negara ini walaupun mereka kaum minoriti.

Maka tidak mustahil minoriti akan menewaskan majoriti!

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *