A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / B40 dapat pembelaan dalam Bajet 2017

B40 dapat pembelaan dalam Bajet 2017

Kebajikan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terus mendapat pembelaan dalam Bajet 2017 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lalu me­lalui pelbagai inisiatif dan program yang bukan sahaja meringankan bebanan, malah boleh membantu menambahkan sumber pendapatan golongan itu.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2017, bukan sahaja meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi turut menambah jumlahnya pada tahun depan, serta melaksanakan beberapa program yang benar-benar mencerminkan pendekatan ‘rakyat didahulukan’.

Ini termasuk melaksanakan inisiatif MyBeautiful New Home dengan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membina 5,000 unit rumah berharga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit sebagai permulaan.

Di bawah inisiatif itu, kerajaan akan membiayai RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik.

Syaratnya, rumah ini perlu dibina di atas tanah milik sendiri atau tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula akan membina sebanyak 9,850 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan sebanyak RM134 juta untuk tujuan itu pada tahun depan.

Ketika ini sebanyak 11,250 unit PPR sedang dalam pembinaan dengan peruntukan sebanyak RM576 juta disediakan. Setiap unit itu dijual antara RM35,000 hingga RM42,000 seunit.

Selain itu, untuk membantu golongan B40 meneruskan kehidupan dan meningkatkan pendapatan, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM275 juta bagi melaksanakan empat program.

Sebanyak RM45 juta untuk memperluaskan program MySuria ke seluruh negara, RM30 juta untuk melaksanakan program Mobilepreneur oleh GiatMara, RM100 juta untuk program Agroprenuer dan RM100 juta lagi untuk menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

MySuria merupakan program pemasangan panel solar di 1,620 buah rumah dan peserta yang layak bakal menerima bayaran sebanyak RM250 sebulan manakala peserta program Mobilepreneur menerima bantuan sehingga RM10,000 meliputi motosikal, peralatan dan latihan untuk menjalankan perniagaan.

Bagi memperluaskan bantuan kepada golongan B40 khususnya penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan, kerajaan menggalakkan mereka menjadi pemandu ‘ride-sharing’ (mengambil penumpang berbayar) seperti menjadi pemandu Uber terutama bagi yang memiliki kenderaan sendiri.

Mereka yang tidak memiliki kenderaan pula boleh membuat bayaran pendahuluan menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Justeru, golongan B40 perlu merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan itu kerana mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM1,500 sebulan sekiranya memandu antara 10 jam hingga 40 jam seminggu dan menerima pendapatan sebanyak RM4,300 sebulan sekiranya memandu melebihi 40 jam seminggu.

Maka jelaslah, bantuan yang diberikan kepada rakyat itu pasti membawa impak besar, sekali gus mengubah gaya hidup golongan B40 untuk meneruskan kehidupan dalam ke­adaan ekonomi semasa.

– utusanonline

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *