A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Azmin ‘tak ada’ masa fikir pasal plastik utamakan politik

Azmin ‘tak ada’ masa fikir pasal plastik utamakan politik

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hanya sibuk berpolitik berbanding memikirkan soal dan tanggungjawab beliau terhadap rakyat di negeri itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata Azmin tidak mempunyai masa untuk memikirkan dasar yang dibuat berhubung penggunaan beg plastik apabila pihaknya tidak mempunyai pendirian yang tegas terhadap dasar berkenaan.

“Azmin ini tidak ada masa nak uruskan negeri dia. Bagi dia politik lebih penting bukan kepentingan rakyat. Dia asyik fikir siapa nak jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, PAS nak pujuk ke nak tolak ke, lebih kepada politik sehingga dia tak tahu apa yang berlaku.

“Dia lepas tangan serahkan kepada exco, dia pun tak tahu keputusan nak buat? Sepatutnya sebagai Menteri Besar dia kena tegas dalam mengeluarkan arahan, mesti jelas kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan peniaga,” kata Noh.

Menurut Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, yang menjadi persoalan ketika adakah Kempen Bebas Plastik yang bermula Januari tahun ini menjadi kempen menjual beg plastik?.

“Azmin ni nak berkempen jual beg plastik, sebab beg plastik yang harga 2 sen dia jual dengan harga 20 sen, siapa yang untung? Ke mana pergi duit 20 sen?. Ini peraturan ‘kong kalikong’,” tegasnya.

Terbaharu Azmin membuatkan kenyataan menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.

Beliau berkata kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

Sebaliknya sebarang maklum balas yang diterima dalam isu tersebut akan diteliti kemudian.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *